Salam.. Apakah contoh ayat bagi perkataan kekisi? Terima kasih.. | Kekisi yang dipasang itu tidak lurus menyebabkan tingkap tersebut senget. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
apa beza kekisi ngan kekuda | Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik". | Makna | 02.08.2016 |
Apakah perbezaan antara "jeriji" dengan "kekisi"? | Jeriji sama maksudnya dengan kekisi. | Makna | 28.05.2015 |
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll. | Makna | 05.08.2014 |
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin. | Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain, atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°). | Makna | 27.06.2009 |
tuan, apakah jawaban untuk soalan ini? _____ Ali berdarah tertusuk duri. A. kekisi B. lelangit C. jejari Bolehkah 'duri' dalam soalan tersebut bermakna 'ikan tulang'? Perlukah kita hanya tulis 'duri' sahaja atau perlu tulis 'duri ikan' baru membawa erti 'tulang ikan'? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah B. lelangit. 'Duri' dalam Kamus Dewan bermaksud bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang. Untuk lebih jelas dan tidak mengelirukan lebih baik ditulis duri ikan sekiranya memang merujuk kepada tulang ikan. | Makna | 20.05.2011 |
(A) kami menunggunya pada pukul 4 petang. Betulkah ayat ini? (B) ______ kelambu itu telah koyak. (a) kekisi (b) lelangit | Ayat yang betul ialah: (A) Kami menunggunya pada pukul 4 petang. (B) Lelangit kelambu itu telah koyak. | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Sejak saya mengenali Kamus Dewan pada tahun 1980, tiada sebarang ilustrasi yang dimasukkan di dalam buku yang berwibawa itu. Pada hemat saya, ilustrasi amat penting apabila terdapat sesuatu perkataan yang tidak dapat dijelaskan dengan hanya memasukkan kata-kata terutama sekali bagi pelajar bukan Melayu yang benar-benar ingin mengetahui maksud sesuatu kata tetapi gagal untuk memahami penjelasan yang diberi semata-mata tiada sebarang ilustrasi. Sebagai contoh, saya perturunkan kata-kata seperti: memapah, mengelek dan kekisi. Harap mendapat perhatian dan penjelasan daripada pihak yang berkenaan. | Pandangan saudara kami hargai dan untuk makluman saudara juga terdapat pelbagai jenis kamus dan kumpulan sasaran penerbitannya dan cadangan saudara akan kami kemukakan untuk penerbitan Kamus Pelajar dalam edisi yang akan datang. | Lain-lain | 14.05.2010 |