Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.ko/] | کيکوق

Definisi : (kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati; kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.ko/] | کيکوق

Definisi : /kékok/ canggung atau kaku melakukan sesuatu (kerana belum biasa); tidak kemas gerak-gerinya: Sedikit pun tidak ~ lagi dia bekerja dan bercampur gaul dgn kelasi-kelasi lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekok (adjektif)
Bersinonim dengan canggung, kaku, janggal, gabir, kurang biasa, tak kena.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya.Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka.Makna28.01.2011
Apakah istilah dalam bahasa melayu untuk sesi ice breaking?Setakat ini tiada istilah dalam bahasa Melayu bagi kata "ice breaking".  Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "breaking the ice" membawa maksud "menghilangkan rasa kekok".  Padanan yang sesuai  dapat juga  diberikan mengikut konteks.  Misalnya, dalam konteks mesyuarat, sesi ice breaking ini lebih sesuai disebut sebagai sesi taaruf.Istilah25.09.2013

Kembali ke atas