Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ku.han] | ککوکوهن

Definisi : kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ku.han] | ککوکوهن

Definisi : sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokongPenyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya).Makna06.01.2013

Kembali ke atas