Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.di] | کلادي

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.di] | کلادي

Definisi : beberapa jenis herba yg ubinya dpt digoreng, digulai dsb, Colocasia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keladi

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksudnya - Terima Kasih Daun Keladi? Adakah ia satu peribahasa? Mengapa daun keladi? Terima kasih!Ia bukan peribahasa, cuma sebagai pembayang bagi maksud tertentu seperti pantun dsbgnya dan menggunakannya untuk menyamakan dari segi rima akhir atau bunyinya sahaja.Makna01.03.2007
Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesa kenangan sepanjang zaman. Soalan: Dapatkah akar keladi melilit selasih?Rangkap pantun tersebut hanya merupakan perlambangan bahasa yang mengindahkan lagi susunan bahasa dalam bidang sastera terutamanya dalam penulisan puisi.Lain-lain18.05.2010
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud?Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Lain-lain09.05.2012
erti mencurah air ke daun keladiMaksud peribahasa itu ialah memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Makna13.05.2010
salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih.Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik denganTatabahasa10.02.2010
Saya ingin bertanya, yang mana satu betul; nyatakan dan huraikan... atau nyata dan huraikan... Terima kasih daun keladiJawapan yang betul ialah nyatakan dan huraikan.Tatabahasa29.04.2010
Salam, apakah perbezaan antara perkataan 'rebet' dan 'rebat'? Yang manakah maksud tepat bagi perkataan 'rebate' dalam Bahasa Inggeris? Terima kasih daun keladi.Padanan rebate dalam bahasa Melayu ialah rebat.Ejaan31.05.2012
Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi?Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai.Makna25.07.2012
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi.Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas.Istilah26.09.2013
selamat sejahtera.... saya ingin memohon agar pihak tuan dapat memberitahu saya ataupun mungkin boleh menghantar format penulisan artikel untuk dihantar dan dimasukkan ke ruangan majalah DBP. Terima kasih daun keladiDalam penulisan terdapat beberapa etika penulisan yang perlu diikuti. Misalnya seseorang yang ingin menulis artikal dalam bidang sains, undang-undang, akhbar dan sebagainya perlu mengetahui laras bahasa yang digunakan. Format penulisan artikel tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan saudari merujuk majalah terbitan DBP untuk melihat contoh penulisan artikel yang disiarkan.Lain-lain04.06.2012
12

Kembali ke atas