MAKSUD KELAHIRAN KECEMASAN | Tidak ada maksud 'kelahiran kecemasan' dalam sumber rujukan kami. Kelahiran merujuk kepada perihal lahir, manakala kecemasan ialah keadaan yang cemas, iaitu bimbang, takut dan sebagainya. | Makna | 18.02.2011 |
Di daerah kelahiran saya terdapat banyak __. 'bukit' atau 'bukau' , yg manakah lebih sesuai? Mengapa? | Jawapan yang betul ialah bukit. Perkataan bukit sesuai digunakan kerana lazim digunakan oleh masyarakat umum. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
apakah itu kelahiran bahasa dalam pembelajaran psikolinguistik di peringkat institut pendidikan guru??? | Sila rujuk terus di perpustakaan IPGM saudara. | Lain-lain | 12.07.2009 |
pengertian bagi kelahiran dari segi sosial | Kelahiran ialah sesuatu yg berkaitan dgn perihal lahir, perihal keluar atau terhasilnya sesuatu. Untukmakna yanglebih khusus atau mengikut bidang sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 01.08.2008 |
Ingin bertanya.. Ali mennyambut hari kelahiran atau hari lahir yang ke-4? | Frasa hari kelahiran dan hari lahir boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
Adakah ucapan, "selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 tahun" itu salah? Terima kasih | Ungkapan dan ejaan yang betul, Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34. | Tatabahasa | 13.05.2016 |
Saya ingin memohon semakan bagi ucapan hari kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia SULTANAH Kedah. Adakah penggunaan ucapan "Selamat Menyambut Hari Keputeraan" sesuai digunakan kepada SULTANAH atau "Selamat Ulangtahun Kelahiran"? Terima kasih. | Berdasarkan carian kami di Internet menemukan ucapan hari keputeraan buat Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Johor, namun tidak menemukan ucapan hari keputeraan buat Sultanah Kedah. Berdasarkan contoh yang ada ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Keputeraan". | Lain-lain | 13.04.2022 |
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)? | Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir. | Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Istilah | 19.08.2009 |
Salam sejahtera, 1) Apakah beza antara "pelahiran" dan "kelahiran" iaitu "labour" dan "delivery". 2) Adakah menterjemahkan "fatigue" sebagai lesu atau "letih" tepat. Jika pembaca sasaran golongan ibu berpendidikan saya kira lebih baik buat pinjaman, iaitu kekalkan menjadi fatig. Terima kasih. Selamat mengundi 5 Mei nanti. Orang DBP baik belaka. | 1. Pelahiran ialah perihal atau perbuatan melahirkan seperti ayat pelahiran golongan pencinta muzik tradisional dalam kalangan generasi muda ... dan kelahiran ialah perihal keluar dari kandungan ibu seperti ayat pada saat kelahiran anaknya itu, Ani menangis .... 2. Terjemahan fatig ada digunakan tetapi khusus dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum fatigue diterjemahkan kepada penat, letih atau lesu. | Makna | 11.04.2013 |