Zainuddin Ahmad 10:52AM Aslmkm, DBP. Cuba susul dgn KPDNKK ADUAN saya bth 2 Ogos 2016 mengenai kelalaian pengurusan EON BIG menggunakan bahasa Melayu di pasarayanya di seluruh negara khususnya di cawangan seksyen 23 Shah Alam. Sehingga ptg ini tiada maklumbalas. Perkara sama dah disampaikan kpd Pn Putri DBP KL secara lisan melalui talipon pada 2 Ogos 2016. Aduan TERUS melalui sistem Aduan DBP gagal secara teknikal. No Aduan dlm sistem Aduan KPDNKK adalah 01611675. Pohon susullah dgn KPDNKK Putrajaya (038826082/6245) mahu pun KPDNKK Shah Alam (03-55107426). No tel saya: 03-55450731). Terima kasih. | Wkslm aduan tuan telah kami terima untuk tindakan lanjut pihak DBP membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu di AEON BIG seksyen 23, Shah Alam. Buat masa ini kami masih lagi menganalisis penggunaan bahasa Melayu di pasar raya tersebut. Segala tindakan dan teguran akan dibuat selepas laporan analisis tersebut siap sepenuhnya. Sekian terima kasih | Lain-lain | 25.08.2016 |
Apa terjemahan untuk perkataan "Errors and omissions excepted"? Ia digunakan dalam bidang undang-undang. | "Errors and omissions excepted" diterjemahkan sebagai "kesilapan dan kelalaian dikecualikan". | Makna | 13.12.2018 |
apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan | Puan Jamiah, Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan" yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan. kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya | Makna | 06.03.2009 |