Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : 1. sj kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yg dipasang menyelubungi tempat tidur (utk mencegah nyamuk); ~ punjut kelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja; 2. kain, plastik dll yg menutupi sesuatu: ~ kereta; ~ Kaabah; berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~; mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : ; angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, Scorparia dulcis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.bu] | کلمبو

Definisi : kain kasa yg digantung menyelubungi tempat tidur utk mencegah nyamuk. berkelambu menggunakan kelambu: tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelambu

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penjodoh bilangan bagi kelambuCadangan kami penjodoh bilangan yang sesuai bagi kelambu ialah sebuah. Walau bagaimanapun tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan.Lain-lain23.02.2010
Dia tidur di dalam kelambu dengan selingkar nyamuk ubat dinyalakan. Adakah ayat ini betul.Ayat ini kurang tepat. Ayat ini tidak dapat digabungkan menjadi satu ayat majmuk. Ayat yang betul ialah "Dia tidur di dalam kelambu. Selingkar ubat nyamuk dinyalakan".Tatabahasa01.05.2014
(A) kami menunggunya pada pukul 4 petang. Betulkah ayat ini? (B) ______ kelambu itu telah koyak. (a) kekisi (b) lelangitAyat yang betul ialah:
(A) Kami menunggunya pada pukul 4 petang.
(B) Lelangit kelambu itu telah koyak.
Tatabahasa12.08.2014
SAlam, where can I find the English translation of `tak dapat tanduk telinga dipial' and its meaning and `marahkan Nyamok kelambu dibakar, meaning too. JKK, syukran, wassalamAnda boleh merujuk kedua-dua makna peribahasa ini dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain29.08.2014
penggunaan boleh/dapat yang betul. 1. penggunaan alat kecantikan dapat/boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. 2. Antaranya cara yang dapat/boleh dicuba oleh seseorang yang ingin berhenti merokok adalah... 3.Kelambu pula dapat/boleh dipasang di bilik. 4. .....,menjadi pengedar pun dapat/boleh menjadi kaya. 5.wabak yang berbahaya dapat/boleh membawa maut. 6. untuk menegathui status kad pengenalan,seseorang dapat/boleh melayari laman web..

Saudara Azmazaira,

Perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau  kebenaran, manakala perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan.   

Jawapan bagi ayat yang di atas ialah : i. dapat ii. dapat iii.  boleh iv. dapat v. dapat  vi. boleh

Tatabahasa28.04.2010

Kembali ke atas