| "...laksa Kelantan..." atau "...laksa kelantan..."? | Ejaan yang betul ialah "laksa Kelantan" | Ejaan | 14.06.2007 |
| Apakah yang dapat dibandingkan antara dialek kelantan dan juga bahasa baku? | Dialek Kelantan ialah bahasa yang digunakan di daerah Kelantan, manakala bahasa baku ialah bahasa standard. | Makna | 20.01.2007 |
| saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka | Sila merujuk bahan ini : Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis KelantanDirektoti Penulis Kelantan | Lain-lain | 23.12.2008 |
| Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul? | 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio. 3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan. | Tatabahasa | 16.11.2008 |
| Berdasarkan soalan saya bertarikh 7/7/2011 1. Mengapakah perkataan "kerajaan" sebelum Kerajaan Malaysia adalah nama khas 2. Bagaimana pula dengan perkataan "negeri" dan "negara" contohnya negeri Kelantan atau Negeri Kelantan dan negara Malaysia atau Negara Malaysia. Bukankah "negeri", "negara" dan "kerajaan" sepatutnya nama am. | Sebagai kata nama am, kerajaan dieja dengan huruf kecil tetapi apabila menjadi kata nama khas seperti Kerajaan Malaysia mestilah dieja dengan huruf besar kedua-duanya. Merujuk Kamus Dewan ejaan negara Malaysia betul, iaitu negara dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 11.07.2011 |
| Mohon mengemukakan contoh penggunaan alamat yang betul untuk surat rasmi. Contoh: Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 MACHANG Kelantan atau Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 Machang KELANTAN | Penulisan alamat yang betul adalah seperti yang berikut: Pegawai Daerah, Majlis Daerah Machang, 18500 MACHANG, KELANTAN. | Lain-lain | 18.12.2020 |
| Salam sejahtera, saya ingin menyemak sama ada boleh digunakan perkataan dalam bahasa Kelantan pada papan tanda kedai. Untuk informasi bahasa Kelantan yang saya gunakan adalah sebagai Trademark dan bukanlah nama syarikat saya. | Bahasa dialek tidak boleh digunakan pada nama premis kecuali telah didaftarkan. Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Sila nyatakan nombor pendaftaran pada Maklumat tentang Iklan sekiranya telah berdaftar semasa membuat permohonan pengesahan bahasa. | Tatabahasa | 07.10.2025 |
| apakah perkataan kelantan yang terdapat dalam kamus | Saudara, Untuk mendapatkan perkataan -perkataan tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya kata masukan dalam kamus ialah kata dialek Kelantan, maka kata tersebut akan ditandai dengan huruf Kl. | Lain-lain | 07.07.2009 |
| salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya. | Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
| Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek ditulis dengan huruf besar atau kecil? Contoh ayat: Pada masa dahulu, dram gedumbak ini juga digunakan dalam ensembel Wayang Kulit Gedek di negeri Kedah. | Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek perlu ditulis dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan nama khas. | Ejaan | 15.05.2024 |