apakah kelas pemikiran? pemikiran kelas pertama,pemikiran kelas kedua,pemikiran kelas ketiga | Kelas pemikiran - biasanya dikaitkan dengan taraf pemikiran dan pemikiran kelas pertama tentunya adalah tahap pemikiran yang tinggi yang biasanya dikaitkan dgn orang cerdik pandai | Makna | 03.09.2006 |
Adakah DBP menawarkan kursus bahasa melayu atau kelas terjermahan? Saya inging tahu tentang kelas-kelas yang ditawarkan. terima kasih. | Bagi endapatkan maklumat berkenaan kursus bahasa Melayu, sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia DBP. Manakala bagi kursus terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210. | Lain-lain | 01.08.2008 |
Encik Lee, guru kelas saya / Guru kelas saya, Encik Lee | Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa dan tidak memerlukan koma, iaitu Encik Lee guru kelas saya atau Guru kelas saya Encik Lee. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
"Saya tidak akan melupakan semua pelajar di kelas di kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." atau "Saya tidak akan melupakan semua pelajar dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." Antara ayat di atas, yang manakah betul dan mengapakah jawapan tersebut betul? | Ayat betul ialah Saya tidak akan melupakan semua pelajar di dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. "Di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih. | 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar. Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri. 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas = Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan. guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Ayat manakah yang betul? A) Kelas itu terdiri daripada pelajar-pelajar baharu. B) Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu. | Kata pelajar boleh bermaksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun kata kelas dalam ayat tersebut telah menunjukkan ada ramai pelajar di dalamnya. Oleh itu, ayat 'Kelas itu terdiri daripada pelajar baharu' adalah lebih tepat. | Tatabahasa | 22.02.2011 |
Salam sejahtera, 1) Memandangkan Kamus Dewan (semua edisi cetak) tidak mempunyai maklumat kelas kata, bagaimanakah cara untuk mengetahui kelas kata sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu? Contoh: Katakan dalam konteks pelajar di luar bandar yang rumahnya tidak mempunyai kemudahan Internet untuk membuat carian di PRPM DBP. 2) Apakah kelas kata bagi perkataan 'hitam putih' dalam konteks pernyataan bertulis sebagai bukti sesuatu perjanjian. Dalam bahasa Inggeris 'black and white' merupakan kata adjektif. Adakah sama bagi bahasa Melayu? Terima kasih. | 1. Saudara boleh memperoleh maklumat kelas kata dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu. Tesaurus Bahasa Melayu memasukkan kelas kata entri utama dan entri terbitan. 2. "Hitam Putih" ialah istilah dan daftar istilah bahasa Melayu tidak memberi kelas kata setiap entri. | Istilah | 07.03.2012 |
Salam sejahtera, Saya rujuk jawapan yang diberikan pihak DBP, saya kutip: ["Hitam Putih" ialah istilah dan daftar istilah bahasa Melayu tidak memberi kelas kata setiap entri.]. Soalan saya: 1) Adakah ini bererti akan ada istilah dalam bahasa Melayu yang tidak dikenalpasti kelas katanya? 2) Sekiranya istilah itu dipinjam dari bahasa Inggeris (dalam konteks perkataan 'hitam putih'), dan asalnya mempunyai kelas kata dalam bahasa Inggeris, adakah ini bermakna bila menjadi istilah dalam bahasa Melayu, kelas kata asalnya tidak sama dalam konteks penggunaan dalam b.Melayu? Jika tidak sama, adakah bermakna ia menjadi kelas kata yang lain? 3) Apakah masalah/kesulitan yang DBP hadapi untuk memberikan kelas kata pada istilah yang tidak diberikan kelas kata dalam daftar istilah? Terima kasih. | Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, Daftar Istilah Bahasa Melayu tidak memberi kelas kata bagi istilah yang dibina termasuklah istilah yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris. Lazimnya Istilah Bahasa Melayu terdiri daripada kata nama dan kata kerja bergantung pada konsep istilah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel fadilah@dbp.gov.my. | Istilah | 09.03.2012 |
Yang mana lebih tepat: a) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh darjah 1 Delima. b) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah satu Delima. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah 1 Delima. | Ejaan | 06.03.2012 |
Ayat manakah yang betul Ali mendapat tempat pertama dalam kelas. ATAU Ali mendapat tempat pertama di dalam kelas. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Ali mendapat tempat pertama dalam kelas. | Lain-lain | 19.07.2010 |