| betul atau salah 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya | 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. - betul 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. -Salah. Kata 'tertinggi' mendukung maksud darjah penghabisan dan tidak boleh diikuti dengan kata penguat 'sekali'
| Lain-lain | 20.06.2009 |
| Damia mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. atau Damia mendapat tempat pertama dalam kelasnya. | Ayat yang betul ialah Damia mendapat tempat pertama dalam kelasnya. | Lain-lain | 10.08.2010 |
| salam.. Ayat yang manakah yang betul a. Cikgu Amri menulis mutiara kata pada dinding kelasnya. b. Cikgu Amri menulis kata mutiara pada dinding kelasnya. Kalau boleh minta penjelasan...Adakah ayat majmuk seperti Simpulan Bahasa, Mutiara Kata boleh di terbalikkan susunannya mengikut hukum DM. En.Mohd Nor | Yang betulnya ialah Cikgu Amri menulis mutiara kata di dinding kelasnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
| 1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi. | 1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. Menggariskan perkataan... 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. mengajarkan bahasa Melayu.
| Tatabahasa | 18.03.2013 |
| Guru-guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke? | Ayat yang betul ialah: Guru-guru perlu mengisiskan maklumat murid-murid kelasnya. | Tatabahasa | 27.02.2022 |
| Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke? | Ayat yang diberikan betul "Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya". | Tatabahasa | 24.02.2022 |
| Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke? | Contoh ayat ini betul: "Semua guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya." | Tatabahasa | 18.02.2022 |
| Guru-guru kelas perlu mengisikan maklumat murid-murid kelasnya. Ayat di atas betul ke? | Ayat tersebut betul tetapi lewah. Ayat tersebut boleh dipermudahkan kepada “Guru kelas perlu mengisikan maklumat murid kelasnya.” | Lain-lain | 23.03.2022 |
| Mohon penjelasan daripada pihak tuan tentang jawapan yang paling tepat bagi soalan berikut: Imran menyiapkan _______bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya A. sejambak B. sekuntum C. setangkai D. sekarangan | Jawapan yang paling tepat: Imran menyiapkan sejambak bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya. | Lain-lain | 14.07.2015 |
| Assalamualaikum... Boleh jelaskan jawapan yang tepat. 1."Sila semak jawapan ________sebelum menghantarnya," pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya. Jawapannya kamu atau anda. 2.Saya yakin ________dia akan menang nanti. Jawapannya yang atau bahawa 3. Adakah kedua-dua ayat ini ayat tunggal. i. Kucing itu mengiau. ii.Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zaki. | Waalaikumussalam, 1. Sila semak jawapan kamu sebelum menghantarnya," pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya. 2. Saya yakin yang dia akan menang nanti. 3. i.. Kucing itu mengigau - ayat tunggal ii. Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zakit - ayat penyata | Tatabahasa | 18.08.2015 |