Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk): apabila mata mereka telah mula ~, barulah mereka berhenti berbual; matanya ~ berasa lekat (sehabis tidur); pengelat; jarum ~ jarum penyemat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelat (adjektif)
Bersinonim dengan perat, rasa hampir-hampir pahit, masam, sepat, sepet.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010

Kembali ke atas