Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj keluang kecil (makanannya se­rangga); ~ gondol, Cheiromeles torquatus; ~ buas, Megaderma lyra; ~ rumah, Scotophilus kuhli; ~ telinga lebar, Megaderma spasma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : binatang spt keluang tetapi lebih kecil yg terbang pd waktu malam utk memakan serangga, manisan dan bunga-bungaan. ~ gua Eonycteris spelaea. ~ rumah Scotophilus kuhlii. ~ telinga lebar Megaderma spasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelawar I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hello cikgu, minta tanya beberapa rangkai kata berikut sama ada gramatis atau salah; 1. kelawar-kelawar = adakah perkataan ini wujud? dan betul menunjukkan kelawar yang banyak? 2. stesen-stesen minyak = adakah penggunaannya wujud? 3. sektradsisi = adakah perkataan ini wujud? 4. apakah perbezaaannya "pertunjukkan budaya" dan "persembahan budaya", manakah penggunaan yang sesuai? sekian terima kasih!

1. Perkataan kelawar boleh dijamakkan untuk menunjukkan banyak kelawar, begitu juga dengan perkataan stesen-stesen minyak - menunjukkan banyak stesen minyak. 

3. Kata sektradsisi tidak ada dalam sumber rujukan kami.

4. Pertunjukan budaya dan persembahan budaya, sama makna kedua-duanya.

Tatabahasa26.07.2010
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih.

1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.  

2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama.

Tatabahasa03.08.2011
monyet-monyet yang BERGAYUTAN..apakah istilah yang sesuai bagi kelawar?Frasa yang betul ialah monyet bergayutan dan kelawar bergayutan.Makna06.05.2012
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan?

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun.   Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.

2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah.

5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa11.09.2011

Kembali ke atas