kelemahan dan kebaikan SMS? adakah SMS merosak kan bahasa melayu dan penggunaan SMS dikalangan golongan berpendidikan dan golongan tidak berpendidikan. | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan sms / PEMIKIR : April 2007. 2. Komunikasi kreatif sms/ Dewan Bahasa : Mei 2005. 3. Pengaruh sms terhadap bahasa Melayu / Dewan Bahasa : Julai 2007 | | | | |  | | Supyan Husain | Dewan Bahasa | 01/05/2005 |
| Lain-lain | 25.04.2008 |
Apakah kelemahan dan kebaikan sebutan baku ? | Encik Hazmi, Maaf terlewat menjawab soalan ini. Pada tarikh tersebut komputer saya buat hal tak boleh nak potong dan tampal. 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan. | Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah: Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai Refleksi diri = Gambaran diri Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang | Lain-lain | 17.10.2015 |
Apakah kekuatan dan kelemahan Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 | Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 14.08.2009 |
saya ingin tahu apakah kebaikan dan kelemahan penggunaan bahasa inggeris dalam pelajaran sains dan matematik di sekolah? | Saudara boleh merujuk makalah dan akhbar tentang perkara ini daripada Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dengan melayari Laman DBP atau melalui majalh dan akhbar tempatan yang terdapat dalam pasaran. | Lain-lain | 18.03.2008 |
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam. | Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 15.10.2011 |
Kelulusan Perniagaan Amar Empat tidak di lukuskan apa sebab? Dan di mana kelemahan? | Tuan perlu mengemukakan visual iklan dalam format jpeg atau gif untuk pengesahan. Permohonan tanpa visual tidak dapat diproses. | Lain-lain | 04.09.2015 |
Bolehkah menggunakan kata sendi nama 'antara' di awal ayat? Cth : Antara faktor kelemahan pasukan tersebut ialah............. | Antara boleh digunakan di permulaan ayat, contoh: Antara agenda yang dibincangkan ialah ... | Tatabahasa | 18.02.2009 |
maksud ibarat menepuk air di dulang | Perbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri. | Makna | 10.10.2008 |