Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.suan] | کلسوان

Definisi : 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.suan] | کلسوان

Definisi : keadaan lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "Revised Piper Fatigue Scale" yang merupakan satu tajuk borang soal selidik untuk menetukan tahap kelesuan dalam kalangan pesakit kanser, adakah sesuai jika saya terjemah kepada "Skala Kelesuan Piper Disemak"?Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk  "Revised Piper Fatigue Scale" ialah Pindaan Skala Kelesuan Piper. Makna27.10.2023
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "Revised Piper Fatigue Scale" yang merupakan satu borang soal selidik untuk menetukan tahap kelesuan dalam kalangan pesakit kanser, adakah lebih sesuai jika saya terjemah kepada "Skala Pindaan Kelesuan Piper"?

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi  frasa "Revised Piper Fatigue Scale" ialah "Skala Semakan Kelesuan Piper". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu.

Dewan Bahasa dan Pustaka membantu dari aspek makna perkataan, istilah dalam pelbagai bidang ilmu dan juga tatabahasa. Pengguna boleh membuat semakan melalui pautan www.prpm.dbp.gov.my. 

Penyemakan dan penterjemahan04.12.2023
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIATajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.Tatabahasa20.08.2019
Bolehkah pihak DBP memberikan terjemahan sesuai untuk istilah bahasa Inggeris yang saya akan beri ini? Compassion fatigue - a condition characterized by emotional and physical exhaustion leading to a diminished ability to empathize or feel compassion for others. Terjemahan maksud : Keadaan yang diicirikan kelesuan emosi dan fizikal yang menyebabkan kekurangan rasa simpati dan belas kasihan terhadap orang lain. Adakah 'kelesuan belas kasihan' paling sesuai?Cadangan padanan terjemahan bagi compassion fatigue ialah lesu belas kasihan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2021
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. ArifWaalaikumussalam...
Cadangan terjemahan yang sesuai bagi:
 i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual
ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan
iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan
iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder
v. Burnout ialah Terbakar
vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan
Makna05.12.2017
Hi, good day to you. 1. May i know how to translate the word of "burnout" or "burned out" to malay? does it shares the similar meaning of exhaustion? 2. the translation of "I feel used up at the end of the workday"Hasil carian dalam data PRPM kami, maksud burnout dalam bidang kejuruteraan dan komunikasi ialah bakar lebur, bakar habis, atau rentung. Maksud exhaustion dalam bidang psikologi dan perubatan ialah keletihan atau kelesuan.  Makna27.12.2018

Kembali ke atas