Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.wa.han] | کليواهن

Definisi : hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lé.wa.han] | کليواهن

Definisi : keadaan atau hal lewah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelewahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud kelewahan dalam bahasa

lewah

  • (léwah) = melewah 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan;
  • kelewahan" title="kelewahan">kelewahan

    hal (keadaan) yg berlebih-lebihan.
Makna10.08.2009
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih.Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat  yang dianggap lewah bagi dibuat.Tatabahasa29.05.2012
Adakah kelewahan yang berlaku dalam ayat salah dari hukum tatabahasa, atau sekadar tidak digalakkan sahaja penggunaannya? Ini kerana saya berpandangan yang gejala lewah ini berfungsi juga sebagai unsur penegas bagi sesuatu frasa / ayat. Sekian, terima kasih.Kelewahan tidak salah dari segi tatabahasa tetapi membazir kerana berlebih-lebih. Kelewahan hanya dianggap penegas dalam bahasa lisan/percakapan tetapi tidak dalam bentuk bahasa tulisan yang baku dan standard.Tatabahasa27.08.2007
Selamat sejahtera pihak DBP. Apakah contoh kelewahan tanda baca yang sering dilakukan?Antara  contoh kelewahan tanda baca yang sering dilakukan  ialah penggunaan tanda baca yang lebih daripada satu atau yang telah ditetapkan. Antara contoh-contohnya,
 
i.  Tanda soal. Contohnya: Bilakah dia meninggal??? - cukup hanya satu sahaja

ii. Tanda seruan. Contohnya:  Berhenti!!! - cukup hanya satu sahaja

iii. Menggunakan kedua-dua tanda bacaan. Contohnya: Bilakah dia meninggal?! - pilih salah satu yang besesuaian

iv. Tanda titik. Contoh dalam cerpen/novel yang menggunakan titik lebih daripada 4 titik manakala Tanda elipsis ... Contohnya: ... bahawa kita menemui xxx   - tidak boleh lebih daripada daripada 3 titik.
Lain-lain15.10.2018
apakah yang dimaksudkan dengan kelewahan bahasa? Apakah perbandingan antara sistem ejaan bahasa pinjaman dengan pola keselarasan vokal bahasa Melayu? apakah jenis-jenis kata pinjaman?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).Lain-lain14.03.2010
apakah perbezaan bagi 'pertindanan makna' dan 'kelewahan bahasa' kerana kedua- duanya kelihatan seolah- olah mempunyai konsep yang sama.

Tidak ada data yang berkaitan dengan frasa tersebut dalam sumber rujukan kami. Pertindanan lazimnya dikaitkan dengan keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yang sama, manakala kelewahan ialah hal (keadaan) yang berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dlm ayat). Melihat kepada makna kata sebahagian daripada frasa tersebut, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Tatabahasa15.12.2011
betulkah penggunaan kata hingga dan ke serentak satu kelewahan? Ayat contoh: 1 Ayah membanting tulang dari pagi hingga ke petang. ATAU Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Begitu juga dengan sejak dan dari. Contoh: Ibu menunggu ayah sejak tadi ATAU Ibu mengunggu ayah sejak tadi / dari tadi.1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama "hingga" tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama "ke". Oleh itu, penggunaan hingga ke secara berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis atau berbentuk lewah.
2. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut secara berurutan mengandungi unsur lewah dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut adalah yang gramatis.
Tatabahasa06.04.2012
Mengapa unsur lewah dalam bahasa Melayu dianggap satu kesalahan tatabahasa sedangkan kelewahan tertentu amat diperlukan dalam konteks penggunaan ayat. Contohnya: 1. berjalan kaki 2. naik ke atas 3. meningkat naik 4. melambung tinggi 5. jatuh ke bawah 6. kawad kaki

Lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat.

Tatabahasa10.07.2012
Tuan, Bolehkah penggunaan antara dan sesama dalam satu ayat? Contohnya: Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan .... Tidakkah menunjukkan kelewahan bahasa?Frasa 'antara pasangan' lengkap dari aspek binaan frasa, iaitu kata sendi nama 'antara' diikuti kata nama 'pasangan'. Merujuk contoh yang diberikan, ayat tersebut boleh menjadi Proses perkenalan antara pasangan mestilah diusahakan atau Proses perkenalan sesama pasangan mestilah diusahakan.Tatabahasa13.03.2012
BETULKAH FRASA BERIKUT; AMAT CANTIK SEKALIFrasa "Amat Cantik Sekali" adalah betul. Salah, jika ditulis "teramat cantik sekali" kerana "ter" dan "sekali" ialah penanda darjah tertinggi - satu kelewahan.Tatabahasa28.07.2007
12

Kembali ke atas