Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Lurus bagai piarit.

Bermaksud :

Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Telunjuk lurus, kelingking berkait, b. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait). piarit = serampang, seruit.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 30th, 1:16pm Assalamualaikum Puan Faridah, untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih Maharatu Rafidah Mohamad Sep 30th, 4:21pm Waalaikummussalam. Terima kasih dengan jawapan. Oleh itu, berapakah lagi yang perlu diusahakan utk mencapai sasaran yang dikehendakkan?Untuk makluman, jumlah minimum untuk sebuah manuskrip ipuisi alah 100 buah puisi, dan untuk sebuah manuskrip kumpulan/antologi cerpen pula ialah 20 buah cerpen ataupun 300-500 halaman. Semoga jawapan ini dapat membantu puan.Lain-lain30.09.2014
Mohon pandangan dan cadangan frasa yang sesuai digunakan untuk menggantikan "coffee table book" dalam bahasa Melayu, selain daripada buku meja kopi (yang kelihatannya seperti alih bahasa langsung). Atas perhatian dan kerjasama tuan saya dahulukan dengan terima kasih.Padanan coffee table book dalam bahasa Melayu ialah buku mewah.  Istilah09.10.2017
Salam sejahtera, sebenarnya saya ingin mencari jawapan bagi perkataan "hari" di hadapan perayaan, sama ada patut dalam huruf besar atau huruf kecil. Tapi kelihatannya tiada jawapan yang tepat telah diberikan. Jadi harap pihak PRPM boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih banyak-banyak.Salam sejahtera, Hari perayaan merupakan kata nama khas, seperti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, perlu dieja dengan huruf besar. Bagi perayaan seperti Krismas dan Deepavali, tidak perlu ada perkataan hari di hadapannya kerana sudah merujuk kepada hari perayaan.Lain-lain14.12.2017
nak tanya maksud perkataan berikut 1. merit 2. mangkin 3. malim 4.maya 5.mapan sekian terima kasih1. Merit ialah sifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan.2. Mangkin bermaksud faktor yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan.  3. Malim ialah orang yang alim.   4. Maya ialah sesuatu yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada.  5. Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau sudah diterima umum.Makna13.02.2009
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih.

1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan.  

bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Lain-lain05.05.2008
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
Maharatu Rafidah Mohamad Sep 27th, 3:55pm Salam sejahtera. Saya Rafidah Binti Mohamad. Mewakili Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Saya ingin bertanya tentang sesuatu. PERWILA ingin menerbitkan sebuah manuskrip yang mana manuskrip itu adalah hasil karya-karya yang dipertandingkan dalam Sayembara Menulis Cerpen/Puisi Labuan 2014 anjuran PERWILA baru-baru ini. Oleh itu, saya ingin bertanya, bagaimanakah untuk PERWILA menghantar manuskrip tersebut yang mana manuskrip itu mengandungi 43 buah puisi dan 9 buah cerpen kesemuanya? Dan jika ingin menghantar melalui email, bagaimanakah caranya? Dan jika kami ingin menghantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pula bagaimana? Terima kasih.Assalamualaikum, Puan Faridah, Untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.09.2014

Kembali ke atas