Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'perimeter fencing'?Bolehkah 'pagar keliling' atau 'pagar perimeter' digunakan? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah pagar keliling. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2017 |
Apakah terjemahan untuk perkataan "skirting", iaitu hiasan di keliling meja, biasanya untuk majlis-majlis keramaian? | Perkataan skirting boleh digunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi skirting dalam Kamus Dewan ialah fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja, pentas dan sebagainya yang biasanya berlisu. | Istilah | 07.10.2011 |
Apakah padanan untuk "flowerbed" atau "flower bed" yang merujuk kepada kawasan tanaman bunga di keliling air pancut atau taman-taman bunga. terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah flower-bed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.08.2023 |
Bersabit pantun ini: Ada seorang saudagar Keling Matanya merah seperti cempeling Pelita di tengah orang keliling Buluh seruas berganti suling, apa makna seruas berganti suling? | Maksud bagi "Buluh seruas berganti suling" ialah sesuatu benda (buluh) yang bertukar menjadi benda yang baik (suling/seruling) atau dalam erti kata yang lain seseorang/sesuatu yang memberi atau mendatangkan manfaat/ kebaikan kepada ramai. | Sastera | 28.02.2024 |
Apakah maksud khatulistiwa | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), Khatulistiwa bermaksud garis khayalan di keliling Bumi yang sama jaraknya dari Kutub Utara dan Kutub Selatan; membahagikan Bumi kepada hemisfera utara dan selatan, dan terletak pada garis lintang 0 darjah. | Makna | 19.08.2025 |
apakah terjemahan untuk island hopping | Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalandata kami. Jika hendak digunakan, kami mencadangkan padanannya Aktiviti Keliling Pulau | Lain-lain | 11.10.2017 |
Apakah maksud perkataan ini "soundscape" dalam ayat ini - and invites you to take notice of the soundscape around you. - | Kami mencadangkan "soundscape" diterjemahkan sebagai "bunyi keliling". Surround dan soundscape merupakan kata yang sama atau hampir sama maknanya (sinonim). | Istilah | 13.08.2020 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasih | Memagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya. | Tatabahasa | 28.04.2015 |
Bagaimana hendak bezakan perkataan berikut dalam ayat? 1. memagar 2. memagarkan 3. memagari | 1. memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar. Contoh ayat: Dia memagar kawasan rumahnya. 2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. 3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. | Tatabahasa | 21.09.2011 |