Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ma.li.ma] | کليما - ليم

Definisi : lima-lima sekali, lima semua­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ma.li.ma] | کليما - ليم

Definisi : lima-lima sekali; lima semuanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelima-lima


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kelima-lima ekor anak ayamnya mati keracunan setelah memakan beras yang dicampur dengan racun. (tuan, adakah ayat ini gramatis?_)

Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010
tuan, kedua-dua orang pegawai atau kedua-dua pegawai ? TQBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Oleh itu, penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.Tatabahasa18.01.2012
Salam sejahtera, Frasa "kedua-dua orang sahabat karib" atau "kedua-dua sahabat karib" betul? Bilakah kita perlu menggunakan penjodoh bilangan selepas kata bilangan. Sekian, terima kasih.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edidi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya, kelima-lima ekor kambing, sepuluh buah bangunan, beratus-ratus orang penonton. Oleh itu, kedua-dua frasa yang dikemukakan adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa11.01.2012
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
Apakah maksud jubli perak & jubli emas? Adakah wujud perkataan jubli intan?Jubli ialah Perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa(hari perkahwinan, hari pertabalan raja,dll):Jubli Perak,(kedua puluh lima), Jubli Emas(kelima puluh),Jubli Intan(keenam puluh)Makna22.02.2007
Adakah istilah BI bagi nombor dalam tatatanda indeks berikut boleh diterima/benar sebagai terjemahan kepada BM Contoh: (3 kuasa 5)? a)the fifth power of 3 --> Kuasa kelima bagi tiga b)3 raised to the fifth power --> tiga yang dikuasakan lima c)3 to the power of 5. --> Tiga kuasa lima Perkara (c) adalah yang biasa digunakan. Namun, bagaimana dengan perkara (a) dan (b)? Ada cadangan?Untuik makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "the fifth power of 3" dan "raised to the fifth power". Walau bagaimanapun, kami berpendapat kedua-dua istilah ini adalah sama dengan "3 to the power of 5" dan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang sama, iaitu tiga kuasa lima.Istilah10.08.2012
Saudara, apakah makna Jubli Berlian? Saya sudah mencari berkali-kali di dalam kamus dewan tetapi tidak saya ketemui. Terima Kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami, yang ada ialah Jubli Perak = perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima, jubli emas = perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh dan jubli intan = perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh. Tidak ada ungkapan jubli berlian.Lain-lain01.11.2010
12

Kembali ke atas