Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
keliru dgn ayat serumpun..contoh soalan sekiranya soalannya berbunyi mak cik suraya membeli _________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani nak gunakan seikat atau serumpunMak cik suraya membeli seikat serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani.Tatabahasa15.08.2016
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasih“Pisang goreng panas” secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas.  Makna lain “pisang goreng” mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: “Goreng pisang”  ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai “pisang goreng”.Makna13.02.2014
keliru penggunaan oleh itu, oleh kerana itu, oleh sebab itu . Mana yang betul

Yang betulnya ialah oleh itu.

Tatabahasa20.07.2010
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim.Lain-lain11.03.2010
mana yang betul bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ? Guru keliru, murid lagi keliruTiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.Lain-lain04.10.2012
Mohon penjelasan perbezaan antara keliru dan celaru. Contoh Kecelaruan Gender Vs Kekeliruan Gender.

Perkataan “keliru” bersinonim dengan “celaru”. “Keliru” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud salah pengertian tentang sesuatu kenyataan, konsep dan sebagainya, manakala “celaru” merupakan kata adjektif berkenaan fikiran, perasaan, jiwa dan sebagainya yang tidak menentu disebabkan terlalu banyak perkara yang bercampur baur.

Berdasarkan contoh yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut telah menerima imbuhan apitan “ke- … -an”. “Kekeliruan” merupakan kata nama yang bermaksud hal atau keadaan keliru, manakala “kecelaruan” bermaksud hal atau keadaan bercelaru.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2015), halaman 407 dan 1025.

Makna30.10.2024
As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih.Alaikumussalam.  Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas:  Saya ... agak keliru.Lain-lain08.01.2015
Salam/hai, saya betul-betul keliru dengan penggunaan TEMUI, TEMUKAN, MENEMUKAN dan MENEMUI. Saya ada merujuk contoh di prpm namun masih keliru kerana terdapat ayat yang tidak konsisten digunakan dalam khidmat nasihat dan lain-lain. Bolehkah berikan petua supaya tidak lagi keliru? Terima kasih.

Untuk makluman puan, “temui” merupakan kata kerja pasif “menemui” yang bermaksud bertemu atau berjumpa dengan seseorang atau sesuatu. Manakala “temukan” pula ialah kata kerja pasif “menemukan” yang bermaksud menjumpai atau berjumpa dengan sesuatu atau seseorang. Sekiranya terdapat kekeliruan tentang bahasa, puan bolehlah membuat rujukan buku-buku berkaitan contohnya, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa25.08.2022
Saya keliru terlalu banyak pendapat. Soalan saya, "Ikan ini perlu diperap selama satu setengah jam sebelum dibakar." Penggunaan SATU SETENGAH JAM atau SATU JAM SETENGAH yang betul kerana terlalu banyak pendapat. Pendapat daripada guru-guru cemerlang bahasa melayu juga masih bercanggah yang mana tepat. Boleh saya tahu jawapan yang tepat yang mana satu.Jawapan yang betul ialah satu setengah jam. Jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.Tatabahasa20.05.2025
Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat di bawah: 1. Naib Pengerusi Kelab Abu Hurairah atau naib pengerusi Kelab Abu Hurairah 2. Sebuah kelab Pertubuhan Bukan Kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan

Penggunaan huruf yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Naib Pengerusi Kelab Abu Hurairah

2. Pertubuhan Bukan Kerajaan

(Huruf besar digunakan pada pangkal perkataan bagi Kata Nama Khas)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147 - 151 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1697.

Tatabahasa08.04.2025
12345678910...

Kembali ke atas