Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.long.ga.ran] | کلوڠݢرن

Definisi : 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.long.ga.ran] | کلوڠݢرن

Definisi : keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kita dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam penulisan kreatif ? kalau boleh apakah kewajarannya?

Encik Jama,

Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namundalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi.

Lain-lain04.10.2010
Saya musykil dengan bunyi huruf 'I' yang kedua di dalam perkataan 'ITIK'. Adakah bunyinya sama dengan bunyi huruf 'I' yang pertama di dalam perkataan tersebut? Begitu juga dengan bunyi huruf 'U' yang kedua di dalam perkataan 'UNTUK', adakah bunyi kedua-dua huruf 'U' sama atau sebaliknya? Apakah sesuatu huruf vokal kecuali 'E pepet' dan "E taling' hanya mewakili satu bunyi sahaja? Apakah sebutan baku masih lagi perlu dititikberatkan atau diberi kelonggaran dalam pengajaran fonologi berikutan perubahan zaman? Terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pertanyaan saudara. Pada dasarnya mengikut sistem keselarasan vokal  tiap perkataan disebut sebagaimana ejaannya . Hal yang dinyatakan ada kaitannya dengan kegelinciran ketika pperkataan tersebut dibunyikan. Jjika ada maklumat yang tepat kami akan e-mel kepada puan.Tatabahasa03.01.2013

Kembali ke atas