Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.ngan] | کلواڠن

Definisi : kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luang
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.  

Kelapangan bermaksud:

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.

3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.

Makna16.04.2011

Kembali ke atas