| keluarkan kesalahan-kesalahan bahasa melayu di dalam iklan. | Ciri bahasa Melayu dalam iklan ialah penggunaan Bahasa Melayu yang betul dari aspek tatabahasa dan ejaannya, tulisan bahasa Melayu yg menurut tulisan rumi atau khat jawi yg diperakukan, istilah atau ungkapan yg tepat bagi jenis aktiviti, bahasa melayu yg indah, canggih dan kretif, dan bahasa melayu diutamakan dari segi pemameran (sekiranya dipamerkan bersama-sama dengan apa-apa bahasa lain). Semua iklan yg tidak mematuhi syarat-syarat ini dikategorikan sebagai menyalahi garis panduan iklan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP. | Lain-lain | 14.11.2006 |
| Salam sejahtera, DBP. Frasa manakah yang betul? A1. haba dari ketuhar B1. haba daripada ketuhar A2. keluarkan dari ketuhar B2. keluarkan daripada ketuhar A3. cabut dari tangannya B3. cabut daripada tangannya | Frasa yang betul ialah "haba daripada ketuhar" dan "keluarkan daripada ketuhar". | Tatabahasa | 27.06.2024 |
| Yang manakah yang betul: "Jangan keluarkan dari dewan" atau " Jangan keluarkan daripada dewan". Sekian. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Jangan keluar dari dewan." | Tatabahasa | 28.10.2013 |
| Kamu semua keluarkan buku-buku Bahasa Melayu kamu semua. Ayat di atas betul ke? | Jawapan yang betul ialah "Kamu semua keluarkan buku Bahasa Melayu kamu." | Lain-lain | 27.05.2022 |
| 1. Kepentingan tulisan jawi ialah/adalah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. 2. Keluarkan roti dari/daripada ketuhar. Penggunaan kata manakah yang betul dan sila berikan sebabnya. Terima kasih. | 1. Kepentingan tulisan jawi ialah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. Tulisan Jawi sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. 2. Keluarkan roti daripada ketuhar. | Tatabahasa | 05.03.2015 |
| Nak minta DBP keluarkan istilah "Judeo-Christian" dalam bahasa Melayu. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Judeo-Christian ialah Yahudi-Kristian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 30.12.2025 |
| SALAM. Bila nak keluarkan kamus dalam bidang teknologi maklumat? Banyak istilah2 yang tidak dialihbahasakan ke bahasa Melayu. KAMI pencinta BAHASA MELAYU ini,amat berharap, banyak buku2 ICT diterjemah ke bahasa MELAYU supaya bangsa kita MINAT mendalami bidang ini. Terima Kasih. | Saudara Fairuz, Terima kasih atas cadangan saudara. Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan Kamus Komputer dan buku Istilah komputer. Selain itu, saudara boleh juga mengakses istilah dalam bidang ini melaui Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari laman sesawang DBP. | Lain-lain | 23.03.2010 |
| Saya nak mohon DBP keluarkan istilah Melayu untuk "pre-made food". | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah pre-made food ialah makanan prasiap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 23.12.2025 |
| Salam sejahtera, Tuan/Puan Saaya amat keliru tentang penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'. Walaupun telah merujuki Kamus Dewan Edisi Empat dan bertanyakan guru bahasa, jawapan yang diberikan masih bercangggah. Bolehkah tuan/puan mengesahkan ayat manakah yang betu? 1a) Keluarkan air dari akuarium 1b) Keluarkan air daripada akuarium 2a) Minium jus dari kotak minuman 2b) Minum jus daripada kotak minuman 3a) Jauhkan kerosin dari sumber haba 3b) Jauhkan kerosin daripada sumber haba Sekian, terima kasih CK | Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh: 1. Lori itu datang dari arah kiri. 2. Saya datang dari kampung. 3. Keadaannya makin tenat dari sehari ke sehari. 4. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mneyatakan perkara berikut: 1. Punca bagi manusia atau institusi , haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak). 2. Sumber atau asal kejadian sesuatu benda. 3. Perbezaan atau perbandingan. 4. Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan. Berdasarkan ayat yang diberikan, semuanya merujuk kepada punca bagi benda dan unsur mujarad (abstrak). Oleh itu, kata sendi nama yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
| Soalan daripada pengikut Twitter DBP - "Bila @DBPMalaysia nak keluarkan aplikasi PRPM untuk telefon pintar?" Terima kasih. | Aplikasi PRPM untuk telefon pintar masih dalam peringkat perbincangan. Namun begitu, encik boleh melayari laman web PRPM di http://prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.04.2018 |