Yang manakah penggunaan perkataan lebih tepat samaada "Kelulusan Segera" ataupun "Kelulusan Pantas"? Bagi menunjukkan situasi kelulusan permohanan pinjaman kewangan dari institusi kewangan. | Istilah yang tepat ialah kelulusan segera. | Tatabahasa | 17.09.2013 |
I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya. II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia. III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji. IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan. Jawapan bagi soalan ini ialah III dan IV. Soalan saya ialah mengapa II adalah salah? | Dalam ayat II perkataan yang betul ialah lulusan. Lulusan bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan , lepasan. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal | 1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awal | Istilah | 05.04.2011 |
Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasih | Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan). | Tatabahasa | 21.03.2011 |
Mohon kelulusan DBP untuk tujuan penggantungan Banner. Terima kasih | Untuk makluman, DBP hanya mengesahkan sepanduk dalam bahasa Melayu. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 03.07.2013 |
Boleh tak kelulusan dibuat melalui online sahaja? Saya beri softcopy, pihak tuan luluskan.hantar semua softcopy kepada saya. | Untuk pengesahan iklan dalam talian, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 25.07.2013 |
Untuk mendapatkan kelulusan pada bahasa yang diguna dalam fail | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 10.03.2012 |
Kelulusan papan tanda untuk DBKL. Sila semak dan nyatakan kelulusan untuk tujuan lesen DBKL. Terima Kasih | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 12.01.2012 |
untuk kelulusan | Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan iklan. | Lain-lain | 13.08.2013 |
mohon kelulusan ejaan banting dan banner | Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapatkan sijil kelulusan. | Lain-lain | 08.02.2013 |