perkataan yang mana betul?? 'demi menjaga kemakmuran negara' atau demi kemakmuran negara'??? | Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat. Bagi ayat demi menjaga kemakmuran negara, ayat ini lebih kepada usaha mempertahankan kemakmuran negara, manakala bagi ayat demi kemakmuran negara pula, ayat ini lebih kepada harapan daripada usaha mempertahakan kemakmuran negara. | Lain-lain | 08.10.2010 |
kalau dalam ayat 'Demi kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu' atau 'Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu'. yang mana satu betul??? | Puan, Kedua-dua ayat betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
salam saya ingin bertanyakan maksud kepada peribahasa berikut: 1. rumah kemakmuran 2. telaga di bawah gunung | Telaga di bwah gunung bermakna perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. rumah kemakmuran tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 14.10.2009 |
PENUHI KEPERLUAN PERIBADI atau PERNIAGAAN Kemakmuran hidup anda sekelurga atau perkembangan perniagaan dapat dirancang dengan baik melalui gabungan rangkaian produk-produk inovatif dari Bank Rakyat. | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 15.11.2017 |
Tuan, adakah ayat-ayat tersebut gramatis? Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat muhibah, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. | Ayat yang dinyatakan boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.06.2020 |
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang) | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut: | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 15.11.2017 |
Salam hormat saya ucapkan kepada Saudara. Saya ingin bertanya di sini tentang maksud 'serumpun bunga semarak api'. Adakah kata-kata ini bermaksud *bangsa yang asal-usulnya sama atau *masyarakat/negara dalam pertubuhan yang seia-sekata dalam hal kesejahteraan dan kemakmuran bersama? Terima kasih. Yang benar Roslina | Maksud serumpun bunga semarak api merujuk nama bunga/tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. | Makna | 01.11.2010 |
• Pemimpin mengiktiraf sumbangan daripada orang bawahan untuk menjaga harapan dan penentuan hidup. Mohon pihak DBP untu memperbetulkan struktur ayat diatas dengan kadar segera. | Ayat yang diberikan kurang gramatis. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan ayat "Pemimpin menghargai sumbangan daripada orang bawahan demi kemakmuran bersama". | Lain-lain | 02.05.2017 |
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan. | Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara. Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu. Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus. | Tatabahasa | 09.10.2012 |