Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mam.puan] | کممڤوان

Definisi : 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mam.puan] | کممڤوان

Definisi : kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average).Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)".Ejaan04.10.2011
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tkDalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai.Tatabahasa11.04.2012
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka.Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka.Tatabahasa14.09.2011
peribahasa pada maksud "dalam tangan"Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. Lain-lain10.04.2008
Makna dalam tanganMakna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh.Ejaan09.08.2006
apakah maksud sebenar KETRAMPILAN? samaada KECEKAPAN @ GAYA?Keterampilan bermaksud: kecekapan, kemampuan (yg tinggi).Makna25.08.2009
definisi bagi perkataan 'ketrampilan dan 'keperibadian'

keterampilan
kecekapan, kemampuan yang tinggi.

keperibadian
perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa

Lain-lain31.12.2007
Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai?Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat.Tatabahasa12.09.2013
tolong terangkan maksud profesionalisme berdasarkan kamus dewan bahasa berserta contoh terima kasihProfesionalisme ialah sifat-sifat seperti kemampuan, kecekapan, dan kemahiran tentang cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakuikan oleh seorang profesional seperti peguam dan  akauntan.Makna02.05.2008
apakah yang dimaksudkan dengan intelek?
  • Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;
  • Makna30.04.2009
    1234

    Kembali ke atas