Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1 tidak berair; kering. 2 = musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuhan yg mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemarau (adjektif)
Bersinonim dengan kering, gersang, tiada berair, tiada hujan;,

Puisi
 

Burung merah terbang ke laut,
     Sampai ke laut mengangkut sarang;
Air bah kapal tak hanyut,
     Inikan pula kemarau panjang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemarau panjang itu pun menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Penggunaan "pun" dalam ayat di atas betul atau salah? Terima kasih.Ayat yang diberikan mantap tanpa penggunaan partikel pun. Pun di sini membawa maksud juga. Pun tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa28.03.2013
Hujan yang tidak turun ----------- bulan Januari ------------ akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. A. daripada..... hingga B. sejak ..... kepadaJawapan yang betul ialah Hujan yang tidak turun dari bulan Januari hingga akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. Lain-lain11.08.2010
Bolehkah 'di mana' digunakan untuk makna berikut? kemarau - musim kering di mana hujan tidak turun untuk masa yang lama. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat tersebut gantikan perkataan di mana dengan kata sendi nama dan, kemarau - musim kering dan hujan tidak turun untuk masa yang lama.Tatabahasa31.12.2011
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut?Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu.Tatabahasa05.05.2010
mohon semak penggunaan perkataan RUMIT dalam ayat di bawah, betul atau salah. 1. murid-murid sedang meneliti serangga yang RUMIT itu menggunakan mikroskop. 2. kehidupan pekebun sayur begitu RUMIT sekali kerana musin kemarau yang melanda. terima kasih.1. Murid-murid sedang meneliti serangga yang seni itu menggunakan mikroskop.

2. Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musin kemarau yang melanda.
Tatabahasa11.09.2013
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Saudara,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.  Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 

2.  Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga.

3.  Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat.   

4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah  ditampalkan pada dinding restoran itu.  Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan).   Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada  konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN.

Tatabahasa10.11.2009

Kembali ke atas