| A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Tatabahasa | 08.04.2008 |
| "Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemas." atau " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Antara di atas , yang manakah berikut betul atau kedua- duanya boleh diterima?Jika salah, mengapakah jawapan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Kemas ialah kata adjektif dan memerlukan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. | Tatabahasa | 22.01.2011 |