Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemaskini


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "Kemaskini" perlu dijarakkan?Ejaan yang betul ialah "kemas kini".Ejaan17.05.2022
Salam Sejahtera, Mengikut email yang telah saya terima sebelum ini. Saya perlu betulkan permohonan saya. Jadi di sini saya ingin mengajukan 1 soalan. Kenapa dalam system Dewan Bahasa Pustaka tiada button yang membolehkan saya untuk kemaskini permohonan seperti mana yang dinyatakan dalam garis panduan untuk kemaskini permohonan. Dengan ini, saya sertakan sekali gambar bagi masalah seperti yang saya nyatakan di atas. Mohon jawapan dengan segera daripada pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka.Jika iklan tuan masih dalam proses penyemakan, butang Kemas Kini belum dipaparkan, namun jika telah disemak, barulah butang tersebut dipaparkan bersebelahan dengan butang Paparan Utama. Lain-lain18.02.2022
Good Morning to whom may it concern, can we know how to do the kemaskini ? We need to setting our new password..Untuk pertanyaan tentang teknikal DBP Sah Bahasa, sila hubungi petugas melalui talian 03-21479389/9398.Lain-lain30.06.2017
Saya ingin bertanya berkenaan format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh, edisi pertama, january 2020, kemaskini julai 2020 ada spesifik format tak?Salam,

Format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh

Berhubung dengan soalan yang diajukan tersebut, pihak kami memerlukan penerangan lanjut tentang soalan yang diajukan. Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk mengajukan soalan tersebut kepada:

Encik Mohd Rusdi bin Abd Rahman,
Bahagian Buku Umum,
03-2147 9430
rar@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.07.2020
bagaimana mengeja, perlu jarak atau dekatkan 1)sosio ekonomi atau sosio-ekonomi 2) kemas kini atau kemaskiniEjaan yang betul ialah sosioekonomi.Ejaan21.05.2010
Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih.Jawapan yang paling tepat seperti berikut:
1. Saya bekerja sebagai anggota polis
2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas)
3. Ejaan yang betul ialah kemas kini
4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu
Tatabahasa04.08.2017
Antara masalah besar pelajar sains di Malaysia ini adalah untuk menulis hasil kajian dalam Bahasa Melayu. Laman web DBP tidak terkini dan tidak kemaskini untuk istilah sains yang baru dan terkini. Sebagai contohnya, apakah bahasa melayu untuk Internet-of-thing, drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility, dan lain-lain? Ya, memang ada option dalam pertanyaan khidmat nasihat, tetapi ianya mengambil masa juga untuk membalas dan kadang kala ianya bercelaru dengan istilah sebelumnya. Seperti istilah gravitaitonal waves yang diterjemahkan sebagai gelombang graviti. Tetapi gravity wave pula diistilahkan sebagai graviti gelombang. *Seingat saya, sewaktu saya menulis tentang gravitational waves, gelombang graviti dimiliki oleh graviti waves. Sedangkan ianya jenis gelombang. Kadangkala, kami bersama pasukan MajalahSains terpaksa memerah idea sendiri agar istilah tersebut kena dengan mantik dan logiknya. Sebagai contoh, kami menyimpulkan beza gravitational waves dan gravity waves kepada gelombang gravitasi dan gelombang graviti. Selain itu menterjemahkan Reduced Graphene Oxide kepada grafin kurang oksida, biocompatibility kepada keserasian biologi, drop casting kepada teknik salutan titisan (kerana teknik salutan ini daripada titisan), dan internet-of-thing kepada objek rangkaian internet, Diharap, DBP lebih drastik menterjemahkan istilah sains dan bidang ilmu lain yang semakin pantas dan berkembang.Untuk makluman tuan, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu diuruskan oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan istilah bahasa Melayu, sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Istilah17.10.2016
Apakah panduan yang boleh kita ikut bagi memastikan sesuatu perkataan itu ditulis secara jarak atau rapat. Misalnya dikenalpasti atau dikenal pasti, berkuatkuasa atau berkuat kuasa, kemas kini atau kemaskini dan sebagainya. Terima kasih.
Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.
Ejaan08.11.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya 1 soalan mengenai permohonan terbharu saya. Saya dapati yang permohonan saya masih tidak diluluskan dan saya kurang faham sedikit untuk melakukan proses kemaskini dan juga saya kurang jelas mengenai perkara tersebut kerana kurang penerangan mengenai kesalahan untuk permohonan saya. Sebelum ini saya pernah lakukan permohonan yang menggunakan design yang sama yang mana ianya telah diluluskan dan ia cuma berbeza sedikit saja dengan permohonan baru, hanya tambah sedikit maklumat sahaja untuk permohonan kali ini. Berikut saya sertakan no sijil untuk permohonan yang telah dilulskan sebelum ini : DBPSB416328202240 . Pihak DBP boleh rujuk sijil tersebut dan lihat gambar yang telah saya sertakan

Kami telah menyemak permohonan yang telah diluluskan sebelum ini. Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Mohon kemas kini iklan puan dengan melampirkan kembali iklan  yang sama. Puan juga perlu memasukkan nombor iklan yang pernah diluluskan, iaitu 15346/2022 dalam “Maklumat tentang iklan” yang terdapat pada sistem DBP Sah Bahasa.

Lain-lain01.04.2022
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
12

Kembali ke atas