Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ? | Salam sejahtera saudara Sham, Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. | Makna | 01.10.2012 |
mana ayat yang lebih betul Menziarah kematian atau melawat kematian | Yang betul ialah menziarahi kematian. | Lain-lain | 04.05.2016 |
Jika istilah balu digunakan untuk seorang wanita yang kehilangan suami kerana kematian dan istilah yatim piatu digunakan untuk kanak - kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk memerihal suami yang kehilangan isteri disebabkan kematian? | Lelaki yang kematian atau yang telah bercerai dengan isterinya disebut duda. | Makna | 05.07.2018 |
Jika istilah "balu" atau "janda" ialah untuk perempuan yang telah kematian suami, apakah pula istilah untuk lelaki yang telah kematian isteri? | Duda bermaksud lelaki yang kematian isteri atau yang telah bercerai dengan isterinya. | Makna | 15.05.2019 |
TAKZIAH ATAS KEMATIAN/KEMBALI KE RAHMATULLAH | TAKZIAH ATAS KEMATIAN TAKZIAH ATAS KEMBALI KE RAHMATULLAH | Tatabahasa | 25.10.2010 |
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. | Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan? | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Istilah | 06.06.2010 |
Mereka takut akan mati. Mereka takut akan kematian. yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah 'Mereka takut akan kematian'. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Angamah --------- setelah mendapat berita kematian ayahnya. a. terkelu b. terkedu c.terkilan d. tergamam Yg mana satukah yg betul? | Angamah tergamam setelah mendapat berita kematian ayahnya. | Tatabahasa | 14.05.2008 |
Adakah perkataan "takziah" khusus digunakan untuk berita kematian sahaja? Sekian, terima kasih. | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Makna | 06.06.2011 |