Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melem­bung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seke­tika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, meng­gembungkan, menggelembungkan, melembung­kan, membusungkan: ~ perut; gembung I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ~ padi kepuk (tempat mengisi padi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, pelaling, temenung, Scomber spp.; ikan ~ lelaki sj ikan laut, Scomber kanagurta; ikan ~ perempuan sj ikan laut, Scomber negluctus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : 1 melembung kerana berisi angin dll; gembung: ~ kempis kembang kempis. 2 berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Scomber spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembung (adjektif)
Bersinonim dengan kelembung, gelembung, gembung, bergembung, menjadi besar, melembung, senak;,
Kata Terbitan : mengembungkan,

Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Tatabahasa07.08.2008
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang?

Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut:

1.   Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput.  atau: Abang mengambil upah memotong rumput  pada setiap petang.

2.  Ahli bomba memadamkan api dengan air paip.

3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.

  (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah  petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.)

4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya.

  (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk  keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas.  Misalnya, bunga yang telah kembang  itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang  merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ).

Tatabahasa09.04.2009

Kembali ke atas