Antara frasa "...kemenangan 1-0 keatas Netherlands" dengan "...kemenangan 1-0 terhadap Netherlands", mana satukah yang betul? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Kemenangan itu menjadi haluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. ayat ini sudah salah. penggunaan "haluan"" sudah salah. saya ingin tahu akan penggunaan istilah yang betul. sekian. terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah laluan. Kemenangan itu menjadi laluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. | Tatabahasa | 04.06.2013 |
1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera. | 1. Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis). 2. Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali. | Tatabahasa | 20.05.2014 |
1. Saya ingin mengetahui perbezaan makna rangkai kata ' pada peringkat' dengan ' di peringkat'. 2.Yang manakah ayat yang betul (a)Saya berjaya mencatat kemenangan dalam perlumbaan itu. ATAU (b) Saya berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan itu. | Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (salah) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (betul) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. (salah) ~ Ayu berkebun di belakang rumah (betul) Untuk yang manakah ayat yang betul, ayat (b) ialah ayat yang betul untuk digunakan. | Tatabahasa | 07.10.2017 |
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah i. Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. | Tatabahasa | 14.01.2020 |
Sesuai atau tidak perkataan di "nobat" bagi mengiktiraf kemenangan.. bukankah nobat digunakan dalam istiadat kebesaran diraja melayu? | Menobatkan bermaksud menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan. Perkataan nobat menerusi Kamus Dewan lebih tertumpu kepada istiadat diraja. | Makna | 02.04.2007 |
petinju-petinju dari kedua-dua buah negara itu berbalas-balas tumbukan untuk meraih kemenangan. (munsyi, adakah petinju-petinju sesuai digunakan? TK) | Perkataan petinju-petinju sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
Boleh beri komen berkenaan penggunaan perkataan TREBEL dalam laporan akhbar di negara kita, yang merujuk kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan memenangi tiga kejuaraan dalam satu musim? | Istilah "trebel" adalah betul dan boleh digunakan dalam konteks tersebut. | Istilah | 01.11.2012 |
Betulkah penggunaan peribahasa di bawah? 1. Setiap atlit yang mengambil bahagian telah berlari"menjangkau sehabis tangan" untuk memperoleh kemenangan. Betulkah penggunaan ayat di bawah? 1. Temasya sukan ini merupakan antara aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai slogan "1 murid 1 sukan" yang telah diuar-uarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia.Mohon beri penjelasan. | Selamat pagi: 1. Menjangkau sehabis tangan menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. Oleh itu, ayat tersebut boleh digunakan 2. Ayat kedua betul tetapi perlu menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 15.10.2016 |
Apakah kata penguat paling sesuai utk ayat di bawah: Ali hebat (benar , amat, sungguh) kerana telah menjaringkan gol kemenangan. Dalam hal ini bilakah penggunaan penguat belang benar yg sesuai? | Ketiga-tiga kata penguat tersebut boleh digunakan. Penggunaan kata penguat belakang "benar" sama seperti kata penguat belakang yang lain, iaitu sekali, nian dan betul. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 260. | Tatabahasa | 16.08.2011 |