Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mis.ki.nan] | کميسکينن

Definisi : perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mis.ki.nan] | کميسکينن

Definisi : keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kain ditangkap maka duduk.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mencari peribahasa yang berkaitan dengan "kemiskinan". Terima kasih.

Saudara boleh merujuk buku Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hassan. Antara peribahasa yang berkait dengan kemiskinan yang terdapat dalam buku itu ialah Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. Peribahasa ini bermaksud hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. 

Lain-lain13.01.2008
terdapat golongan di negara kita yang hidup kemiskinan sedangkan ekonomi negara kita maju... apakah peribahasa dalam situasi di atas?Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.02.2012
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang?

Walaikummussalam,

Saudara,

1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan  realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan  melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut  memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah  menentukannya berdasarkan kehendak kajian.

2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik.

sekian, terima kasih.  

Sastera26.01.2011
pemikiran dalam novel shahnon ahmad

Pemikiran yang dibawa oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, antaranya:

1.   Politik - Perdana, Patriach, Tunggul-tunggul Gerigis.

2.   Sosial (kemiskinan) - Ranjau Sepanjang Jalan.

3.   Kasih sayang anak kepada ibu (orang tua) - Ibu Adalah Sebagai Pentafsir.

 Sekian dan wassalam. 

Lain-lain25.07.2009
1.Apakah perbezaan perkataan "ialah" dan "adalah" 2.Contoh penggunaan perkataan tersebut dalam ayatKata pemeri ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan. Tatabahasa31.10.2008
apakah yang dimaksudkan dengan AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN... Boleh berikan saya maksud dan contoh ayat bagi kedua-dua ayat di atas?Ayat topik ialah ayat yang mengandungi idea utama dalam sesuatu teks atau penulisan. Ayat huraian ialah ayat yang menghuraikan idea tersebut. Cth. kadar kemiskinan meningkat.(ayat topik). Peningkatan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti ... .    Tatabahasa07.04.2008
Mengapakah perkataan 'kan' tidak boleh digunakan sebelum perkataan tentang. Contohnya, petikan diatas menunjukkan tentang.Sesuatu kata apabila mendapat imbuhan meN yang membentuk kata kerja transitif, maka kata ini tidak diikuti dengan sebarang kata sendi seperti tentang, tetapi diikuti terus oleh objek. Contoh, Buku itu menerangkan isu kemiskinan. Isu tersebut menggambarkan keadaan sebenar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa19.07.2007
perbezaan penggunaan kata ialah dan adalah.kalau dapat berikan contoh ayat. saya perlukan untuk menerangkan kepada pelajar pengajian am 2 kelas saya.tqKata pemeri ialah digunakan di hadapan frasa nama. Contoh: Dia ialah seorang guru. Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama atau frasa adjektif. Contoh: Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan isu kemiskinan; Fakta yang dikemukakan adalah benar. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   Tatabahasa09.01.2009
salam.tolong jelaskan kemusykilan saya: 1. Bolehkah 'ianya' dignakan dalam ayat? 2. Bolehkan kata ganti nama 'ia' digunakan untuk merujuk benda? 3. apakan perbezaan 'ialah' dan 'adalah'? tqIanya tidak boleh digunakan dalam ayat kerana ia dan nya ialah kata ganti nama diri ketiga. Ia boleh digunakan untuk merujuk benda kerana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata ia ialah kata ganti benda yang dibicarakan. Kata ialah digunakan di hadapan frasa nama seperti :Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. Kata adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti : Sumbangan besar beliau adalah dari segi kewangan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 263-264. Tatabahasa16.06.2008
salam sejahtera tuan, setelah merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, Saya masih keliru dengan penggunaan kata pemeri untuk yang terdapat soalan peperiksaan SPM 2012 ini, Ayat (a) Perbelanjaan untuk sewaan adalah ¾ daripada perbelanjaan pengangkutan (SPM Matematik kertas 1 soalan 28). Ayat (b) Diberi kebarangkalian memilih guli ialah 1/6, cara kebarangkalian memilih sebiji guli yang bukan putih (SPM Matematik kertas 1. Maklumat untuk calon, Muka surat 32). Ketidaktekalan penggunaan kata pemeri di atas mengelirukan. Adakah 'ialah' sepatutnya diletakkan di hadapan kata bilangan pecahan bagi kedua-dua ayat tersebut'? Harap mendapat tunjuk ajar dan penjelasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan.

Ayat yang  betul ialah ayat (b).Diberi kebarangkalianmemilih guli ialah 1/6 ,...
Tatabahasa30.08.2013
12

Kembali ke atas