Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahan­nya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju peme­rintahan, mengendalikan, mengurus (rumah­tangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perkakas (alat) pd bahagian belakang kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2 alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3 ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi: Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1 mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2 memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1 orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2 orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudi (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan stereng, setir, setang, lesa,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan teraju, pucuk pimpinan, kuasa tertinggi, pentadbir, pengurus, penyelia, pengelola, pengendali, penyelenggara,

Kata Terbitan : mengemudikan, pengemudi,

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012

Kembali ke atas