Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih
Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi.
Lain-lain26.06.2008
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya".Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

"Sebagai"  dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri.  "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295.  

Istilah18.02.2009
SAYA PERLUKAN KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DARI DBP UNTUK MEMOHON LESEN KOMPOSIT. BAGAIMANA CARA NYA?Sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain12.01.2018
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkanmerendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir;Tatabahasa23.08.2007
Salam, berkenaan perkataan 'PERSEGARAN' saya dapati bahawa perkataan ini sering digunakan di dalam surat terutamanya berkaitan sesuatu majlis atau bajet. Setelah mencari menggunakan khidmat carian, pihak DBP menyatakan perkataan tersebut tidak ada di dalam rekod, dan 'PENYEGARAN' adalah perkataan yang sesuai. Kemudian saya bertanya kepada penduduk di Kelantan, mereka menyatakan perkataan 'PERSEGARAN' ini merujuk kepada makanan atau jamuan, bergantung kepada cara ayat itu diatur. Sebagai contoh, 'Bajet yang diperlukan untuk PERSEGARAN adalah sejumlah....' atau 'PERSEGARAN pada pukul 9.00 pagi. Maka saya rasa perkataan 'PERSEGARAN' ini digunakan hanya di beberapa tempat sahaja dan mungkin menimbulkan kekeliruan dengan ada nya kata akar 'SEGAR'. Soalan saya, bagaimana saya boleh mencari sumber rujukan bagi perkataan-perkataan yang khusus bagi negeri-negeri tertentu seperti perkataan 'PERSEGARAN' bagi memudahkan saya memahami bahasa setempat.Dalam Kamus Dewan akar kata segar boleh menerbitkan kata kesegaran (bermaksud keadaan segar), penyegaran (menyegarkan sesuatu) dan beberapa kata lagi, namun tidak ada perkataan persegaran. Saya bersetuju dengan pandangan tuan, berkemungkinan perkataan persegaran bersifat setempat, namun kami tidak dapat mengesahkan makna dan kesahihan maklumat yang tuan berikan.Tatabahasa01.02.2018
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014

Kembali ke atas