Salam, kita selalu terjumpa kata "kemudiannya" dalam penulisan. Saya tertanya-tanya, apakah fungsi "nya" dalam kata itu? TK | Fungsi -nya bagi kemudiannya adalah sebagai kata penekan, iaitu kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. | Tatabahasa | 13.07.2021 |
Tuan, Frasa mana yang betul? a) apa-apa perubahan kemudiannya yang lain atau b) apa-apa perubahan lain kemudiannya. Terima kasih | Frasa yang boleh digunakan ialah "apa-apa perubahan yang lain". | Tatabahasa | 23.12.2013 |
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih. | i. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara. Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat. ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara. | Tatabahasa | 04.12.2013 |
Assalamualaikum, Pada akhir bulan Disember 2012 saya ada melihat suatu iklan tentang tawaran penerbitan berpakej 2012 di dalam sebuah akhbar harian tempatan. Kemudiannya saya mendapatkan maklumat lanjut daripada laman web rasmi DBP. Walaubagaimanapun saya tidak terus menyimpan borang permohonan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Apabila saya cuba meneliti balik borang permohonan tersebut melalui laman web DBP, borang tersebut sudah tidak dapat dimuat turun lagi. Pertanyaan saya ialah: 1. Masih terbuka kah tawaran tersebut? 2. Jika masih terbuka, bolehkah nasihatkan saya bagaimana untuk memohon. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. Nazruzila Razniza | Wksalam puan, terima kasih kerana berminat untuk menulis dengan DBP. Penerbitan berpakej ini mula dilaksanakan pada tahun 2013 (pembinaan manuskrip). Projek berterusan sehingga tahun 2020. Buku yang akan diterbitkan untuk sasaran pembaca dewasa (umum/ilmiah), remaja dan kanak-kanak. Karya boleh dalam pelbagai genre, sama ada kreatif atau bukan kreatif. Mohon e-melkan kepada rosnah@dbp.gov.my untuk dapatkan borang dan maklumat selanjutnya. Terima kasih. Hajah Rosnah Awang Ketua Editor Bahagian Buku Kank-kanak dan Remaja Jabatan Penerbitan, DBP. | Lain-lain | 12.01.2013 |
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Kenapa banyak kata-kata daripada etnik Sabah dan Sarawak tiada dalam Kamus Dewan? | Kamus Dewan terbitan DBP Edisi pertama diterbitkan pada 1970, kemudiannya dikemaskinikan pada 1984, 1989 dan 10090. Untuk pengetahuan anda, di dalam Kamus Dewan Edisi Pertama ini hanya memuatkan perkataan yang telah sedia terkumpul pada masa itu. Seterusnya Kamus Deewan Edisi Ketiga diterbitkan pada tahun 1994 telah memasukkan 50 kata sukuan daripada Sabah dan Sarawak yang terpilih sebagai kata masukan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula memutuskan perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dimasukkan sebagai entri tambahan. Selain itu, sebenarnya kata-kata sukuan juga diterbitkan dalam Buku Kata Bahasa Sukuan untuk Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP tahun 1988. Harap maklum. | Lain-lain | 26.09.2006 |
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka. | Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas. | Lain-lain | 24.01.2017 |
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi Perkembangan | Dalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang. | Makna | 09.07.2008 |
Saya ingin pengesahan cara menulis acronim untuk translasi. Misalnya, jika saya translate sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV, middle east respiratory syndrome)...perlukah saya menulis begini dalam dokumen dimana saya tulis translasi dahulu kemudiannya acronim dan huraian asalnya. Ini sebab acronim MERS-CoV tidak ada dalam bahasa Melayu. Bolehkah saya cipta acronim atsu abreviation sendiri? | Cara penulisan akronim bagi nama virus perlu ditulis penuh dalam istilah bahasa Melayu dan diikuti dengan akronim, iaitu Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) | Tatabahasa | 05.10.2020 |
(Perkataan Penuh): Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Proffessor, pihak kami akan mengadakan... Singkatan: 1)YBhg. Prof., ... 2)YBhg. Prof, ... 3)YBhg. Prof. ... Yang manakah penggunaan tanda bacaan yang tepat bagi singkatan perkataan Proffessor dan kemudiannya diikuti dengan tanda koma? | Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan, sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof. Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...". | Makna | 28.01.2014 |