Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar. | Makna | 04.12.2015 |
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan kurang kesedaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.04.2018 |
Selamat petang tuan/puan, Saya ingin menterjemahkan anxiety, depression and stress dalam bahasa melayu. Saya perlu istilah-istilah ini untuk tajuk thesis saya. Anxiety = kerisauan atau kebimbangan ? Depression = kemurungan stress = tekanan atau stress? Adakah translation saya betul? Terima kasih. Miss Wong | Dalam data kami, anxiety mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang yang berlainan. Antaranya ialah keresahan, kebimbangan dan kerisauan. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anxiety untuk mendapatkan padanan yang menepati bidang yang puan kehendaki. Manakala padanan bahasa Melayu bagi depression pula ialah kemurungan, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=depression . | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2014 |
Apakah maksud melankolia? | Maksud melankolia ialah penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. | Makna | 19.02.2010 |
Apakah saranan untuk terjemahan bagi 'baby blues'? | Dalam bahasa Melayu, terdapat konsep "meroyan" yang merujuk gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. Sekiranya sesuai, konsep atau istilah ini boleh digunakan. Sekiranya berbeza, terjemahan yang boleh dilakukan dengan mengambil konsep asal "baby Blues", iaitu postpartum blues atau postpartum distress syndrome, perkataan ini boleh diterjemahkan kepada kemurungan pascapartum atau kemurungan lepas bersalin.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2019 |