Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. menurut tuan segala penamaan mesti diikuti dengan kata nama, mengapakah jawapan yang tuan bagi saya hari itu pula diikuti dengan kata kerja spt: pertandingan bercerita, memasak, mendeklasikan sajak dan mewarna. bukan semua perkataan tersebut kata kerja? bolehkah tuan terangkan dengan lebih lanjut kerana saya masih keliru. 2. jam randek /randik. dalam kamus dewan menunjukkan randek tetapi dalam contoh yang diberi pula tulis jam randik. apabila saya mencari perkataan ransik pula langsung tidak ada perkataan ini dalam kamus mengapa? 3. dalam kamus dewan saya jumpa perkataan 'jawapan' dan 'jawaban', manakah satu yang diterima di sekolah ? 4. menurut salah seorang munsyi dewan yang mengatakan bahawa 'para tetamu' salah, yang betul sepatutnya 'para tamu' kerana 'tetamu' merupakan yang bermaksud jamak. tuan pula kata 'para tetmau' boleh diterima maka sya rasa peninglah. saya kena pasti jika tidak saya tidak dapat mengajar anak murid saya dengan betul. mereka kena jawab soalan bahagian pilih ayat betul. bolehkah tuan menerangkan kesemua kemusykilan saya. sekian terima kasih.

1. Penamaan sesuatu aktiviti dibolehkan dalam bentuk kata nama atau kata kerja. Contohnya; dalam bentuk kata nama - pertandingan nyanyian dan pertandingan deklamasi sajak, dalam bentuk kata kerja pertandingan bercerita dan pertandingan memasak.

2. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah jam randik (lihat di bawah entri jam) iaitu jam untuk mengukur dgn detik. Manakala jam randek digunakan dalam bahasa Melayu di Jakarta yang sama maknanya dengan jam randik.

3. Perkataan jawapan dan jawaban kedua-duanya betul iaitu kata terbitan bagi perkataan jawab. 

4. Dalam kamus Dewan, tetamu ialah orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, atau disebut juga sebagai orang jemputan, jamu dan tamu.

Tatabahasa13.02.2010
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang penggunaan kata hubung atau penanda wacana (kurang pasti) "Justeru" yang betulMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, "justeru" bermaksud kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini egkau harus pergi?" Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".Tatabahasa02.04.2010
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh

1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian.

 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. 

Tatabahasa21.08.2008
Syeryfah Farid Oct 24th, 9:56am ssalammualaikum w.b.t, Salam sejahtera tuan/puan, Saya bernama Syarifah Jariah Farid, 22, merupakan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia. Saya sebenarnya diberikan tugasan oleh pensyarah untuk mencari majalah yang sesuai bagi menerbitkan rencana/artikel yang saya tulis. Oleh itu, sudilah kiranya pihak DBP membaca dan menilai artikel saya ini. Saya berasa artikel ini sesuai dimuatkan dalam majalah DBP. Namun demikian,saya berharap Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan sebarang cadangan untuk membolehkan saya terbitkan artikel ini di majalah. Sekian, terima kasih. Wassalam. p/s: Boleh saya dapatkan alamat emel untuk hantar artikel.Asalammualaikum Puan, Puan boleh menghantar artikel terus kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, azmi@dbp.gov.my atau terus kepada editor majalah yang telah dikenal pasti. Sebelum menghantar artikel kepada DBP, puan haruslah berkenalan terlebih dahulu dengan majalah DBP. Kena lpasti majalah dan sasaran pembaca serta isu yang hendak dikupas supaya memudahkan puan menulis artikel kerana DBP menerbitkan 11 majalah untuk keperluan pelanggan. Artikel yang ditulis mestilah ditulis dalam bahasa melayu yang baik, berkualiti dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbitan majalah DBP. Tidak salah untuk puan mencuba, malah kami amat mengalu-alukan artikel daripada penulis. Terima kasih.Lain-lain24.10.2014
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!!

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan.  Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu.  Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi.  Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama.  Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak.

Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami.

Lain-lain01.08.2009

Kembali ke atas