BOLEH DAPATKAN SAYA FOMAT SURAT KENAIKAN GAJI | Sdr Azura, Surat kenaikan pangkat hendaklah mengandungi antaranya maklumat-maklumat seperti yang berikut: - jawatan kenaikan pangkat - pihak berkuasa melantik/meluluskan jawatan kenaikan pangkat - tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat - syarat-syarat kenaikan pengkat - penempatan baru jawatan kenaikan pangkat - pegawai yang perlu ditemui semasa melapor diri untuk kenaikan pangkat - imbuhan dan faedah yang diberikan dalam jawatan kenaikan pengkat - implikasi sekiranya menolak jawatan kenaikan pangkat. | Lain-lain | 19.08.2008 |
ayat betul untuk: kenaikan pangkat @ kenaikkan pangkat? | Saudara, Yang betul ialah kenaikan pangkat. Perkataan kenaikan ialah kata nama terbitan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 08.01.2010 |
"kenaikan sebanyak 2.5 peratus setahun" berdasarkan contoh ayat ini..bagaimana sebutan yang betul bagi " . " 1. kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun 2. kenaikan sebanyak dua 'point' lima peratus setahun terima kasih | Bacaan yang betul untuk keterangan tersebut ialah "Kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun" | Lain-lain | 03.11.2017 |
Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin. | Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. | Tatabahasa | 02.12.2015 |
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan perkataan seperti kenaikan, kenaikkan ataupun peruntukkan , peruntukan.. sekian, terima kasih. | Ke-...-an seperti kenaikan dan peN-...-an seperti peruntukan ialah apitan kata nama yang membentuk kata terbitan dalam bahasa Melayu. Saudara perlu jelas proses yang berlaku di sini ialah apitan ke-...-an (ke+naik+an) bukan akhiran -kan seperti pada kata kerja gerakkan (naik+kan). Begitu juga dengan apitan kata nama peN-...-kan (per+untuk+an), bukannya apitan kata kerja memper-...-kan (memper+untuk+kan). | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Kata "ANUGERAH", adakah boleh digunakan mendeskripsikan dalam pemberian kenaikan pangkat seseorang penjawat awam? Adakah ianya pemilihan kata yang bersesuaian? Apa yang saya sedia maklum, anugerah bermaksud hadiah atau pemberian drpd orang yang lebih tinggi darjatnya. Contoh ayat, "syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan/puan atas penganugerahan ini" dalam konteks kenaikan pangkat. Mohon pencerahan. | Kenaikan pangkat lazimnya tidak disebut sebagai anugerah. Contohnya, YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran atau disebut juga YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu. | Tatabahasa | 28.11.2019 |
Kami akan mengadakan forum sempena seminar kecemerlangan pekerja. Saya ingin mendapatkan cadangan peribahasa yang sesuai untuk pekerja perlu memberikan khidmat sesuai dengan kenaikan gaji @ kerja perlu setimpal dengan kenaikan gaji | Kamus Peribahasa disusun mengikut entri peribahasa dari abjad A hingga Z, dan barulah diperoleh maksud peribahasa tersebut. Oleh itu, puan perlu melihat satu per satu entri peribahasa untuk mendapat yang sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Sila rujuk, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan boleh juga menyemak melalui laman web kami www.prpm.gov.my dan taipkan kata kunci makna peribahasa tersebut dalam Carian Spesifik dan klik "Peribahasa". | Tatabahasa | 20.04.2012 |
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga? | 1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi. Manakala menaikkan pula bermaksud menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
penggunaan perkataan dari dan daripada. contoh: menerima kenaikan gaji tahunan secara biasa daripada P1 RM 1,268.43 kepada P1 RM 1,363.43 mulai 01 April 2014. adakah ayat di atas betul dengan penggunaan perkataan daripada?? | Ayat yang diberi adalah betul. | Lain-lain | 09.07.2014 |
Assalamualaikum. Tuan, berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013 - KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA YANG BERADA DI GRED LANTIKAN, mohon pandangan singkatan sesuai untuk istilah "time-based berasaskan kecemerlangan" sama ada TBK atau TBBK. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, kami tidak membenarkan singkatan dibentuk daripada perkataan bahasa Inggeris yang digabungkan dengan perkataan bahasa Melayu. Perkataan tersebut perlu diterjemahkan keseluruhannya kepada bahasa Melayu dahulu, kemudian dicadangkan singkatan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 29.12.2015 |