Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih tepat? 1. orang yang tidak aku kenali itu menyapaku. 2. orang yang tidak aku kenal itu menyapaku. Mohon penjelasan tentang perkataan kenal dan kenali. Terima kasih banyak | Ayat yang betul ialah Orang yang tidak aku kenali itu menyapaku. Kenali digunakan bagi ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua. | Tatabahasa | 06.07.2016 |
Salam, saya nak tanya cara menulis huruf besar untuk tajuk/menu laman web. Pertama, Kenali saya atau Kenali Saya?. Kedua, Maklum balas atau Maklum Balas?. Ketiga, Hubungi Saya atau Hubungi Saya?. Keempat, Pustaka digital atau Pustaka Digital?. Kelima, Tuisyen di Rumah atau Tuisyen di rumah? Selanjutnya, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai untuk "Home Tuition", adakah tuisyen di rumah pandanan yang paling sesuai untuk perkataan terebut? Ada atau tidak perkataan/ayat lain yang sesuai untuk perkataan tersebut? | Salam, 1. Kenali Saya 2. Maklum Balas 3. Hubungi Saya 4. Pustaka Digital 5. Tuisyen di Rumah - perkataan di ditulis dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. 6. Padanan yang sesuai untuk "Home Tuition" ialah Tuisyen di Rumah. | Lain-lain | 02.07.2015 |
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pernyataan d. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Mari memperkenalkan diri 2. Mari saya kenalkan kawan saya. 3. Kenali sekolah saya. 4. Kenali sayur-sayuran. terima kasih | Salam sejahtera, Penggunaan ayat-ayat tersebut betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.09.2017 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Mari memperkenalkan diri 2. Mari saya kenalkan kawan saya. 3. Kenali sekolah saya. 4. Kenali sayur-sayuran. terima kasih | Salam sejahtera, Penggunaan ayat-ayat tersebut betul. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 21.09.2017 |
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti. | Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Mana satu penggunaan yang betul? "Lelaki yang aku kenal." ATAU "Lelaki yang aku kenali." | Ayat "Lelaki yang aku kenal" dan "Lelaki yang aku kenali" kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1045.
| Tatabahasa | 09.12.2024 |
Salam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih. | - Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
- Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.
| Tatabahasa | 03.03.2022 |
S alam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih. | - Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
- Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517. | Tatabahasa | 07.03.2022 |
Mohon ejaan Jawi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Tokku Paloh 2. Tok Kenali 3. Datok Bahaman 4. Baitul Hikmah Terima kasih. Wassalam. | Seperti Lampiran | Ejaan | 28.06.2013 |