Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenalpasti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TOLONG KENALPASTI PERKATAAN MATAPELAJARAN, MENGENALPASTI DAN JAWATANKUASA ADAKAH DIRAPAT ATAU DIJARAKKAN, TERIMA KASIHEjaan yang betul ialah mata pelajaran, mengenal pasti dan jawatankuasa.Ejaan16.07.2011
Bolehkah encik kenalpasti kesalahan penggunaan bahasa dan istilah dalam ayat ini dengan segera? 1.Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi menbantu pembeli rumah di mana tidak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Ayat yang betul : Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi membantu pembeli rumah yang  tidak berjaya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Lain-lain05.01.2011
Mohon bantuan mengenai ejaan yang lebih tepat bagi "kenal pasti" atau "kenalpasti". Terima kasihEjaan yang tepat ialah "kenal pasti"Ejaan11.08.2016
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata majmuk yang ditulis secara rapat dengan yang dipisahkan . cth matahari, kerjasama,kenalpasti,bualbicara dan lain-lain.Kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Oleh itu ia hendaklah ditulis terpisah. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis bercantum kerana dianggap telah mantap, contoh matahari dan kerjasama. Bagi perkataan kenal pasti dan bual bicara hendaklah ditulis berpisah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 218.Tatabahasa06.04.2009
salam, apakah faktor kesalahan pengguna atau penulis yang sering kali melakukan kesalahan dalam penggabungan kata majmuk rangkaian bebas iaitu 'kenalpasti" yang sepatutnya dijarakkan? jelaskan.Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih.Lain-lain03.10.2016
Salam.. Mau tanya about ayat nii . " Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di restoran itu " . Apa ksalahan tatabahasa dia ? saya diminta untuk kenalpasti kesalahan tatabahasa dia . tp , saya kurang arif .Ayat "Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di restoran itu." adalah betul dari segi tatabahasanya.Tatabahasa28.09.2014
adakah perkataan di bawah perlu dieja dengan huruf besar di depan kata 1) agensi atau Agensi, 2) kerajaan atau Kerajaan 3) unit atau Unit Apakah yang dimaksudkan jerayawara-adakah ia bermaksud (roadshows) 5) bolehkah brosur digunakan dalam bahasa melayu.apakah nama dalam BM 6) Bank IkS atau Bank SME atau SME Bank 7) apakah maksud Banci Baseline dalam BM 8) Bagaimana mengeja kenalpasti atau kenal pasti 9) EXIM Bank atau Bank EXIM 10) pewujudan atau pengwujudan1. agensi sebagai kata nama khas sahaja yg dieja dengan huruf besar. Contohnya Agensi Pekerjaan Lee. 2. kerajaan pun sama dengan agensi. Sekiranya kata nama khas diejan dengan huruf besar seperti Kerajaan Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb. 5.Brosur ialah risalah dalam BM. 6. Bank SME. 7. Cadangan kami ialah bancian dasar. Sila rujuk bahan yang berkaitan. 8.kenal pasti. 9. Bank Exim. 10. perwujudan ialah 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll). Pewujudan ialah perbuatan atau proses mewujudkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa13.10.2009

Kembali ke atas