Apakah kesalahan dalam "mengingat kenangan lalu"? | "mengingat kenangan lalu" Tiada kesalahan daripada segi bahasa dalam frasa tersebut. Frasa tersebut juga boleh digantikan dengan "mengimbau kenangan lalu". Terima kasih. | Tatabahasa | 13.11.2017 |
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu? | Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu. | Tatabahasa | 05.04.2007 |
sama ada kenangan sepanjang jalan atau sepanjang jalan kenangan | Frasa yang betul "kenangan di sepanjang jalan". | Lain-lain | 03.05.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin tanya a)mengambil gambar untuk dijadikan kenangan b)mengambil gambar untuk menjadi kenangan Ayat yg manakah betul?terima kasih. | Ayat yang gramatis "...mengambil gambar sebagai kenangan". | Tatabahasa | 06.08.2016 |
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih. | Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan. | Lain-lain | 10.11.2006 |
Ayat mana yang betul : Mereka bergambar sebagai kenangan di Tokong Ular. Atau Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenangan. | Jawapan yang betul ialah "Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenang-kenangan." | Lain-lain | 15.06.2025 |
" Novel bertajuk kenangan yang ......... hasilkan itu mendapat sambutan daripada pembaca remaja,"kata jurujual itu kepada Suriati. A. anda C. kami B. mereka D. kita Soalan manakah jawapan yang betul dan kenapa. | Kata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga contohnya saya, awak dan mereka. Dalam konteks ini jawapan yang betul ialah 'anda' yang merujuk kepada kata ganti diri kedua. | Tatabahasa | 18.02.2011 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis. | 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan | Saudara Tajmohd, Kami cadangkan frasa berikut: i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori | Lain-lain | 16.07.2009 |
Selamat petang. Ayat berikut yang manakah betul? a. Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya menggunalan kamera sebagai kenangan manis. b. Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya sebagai kenangan manis menggunalan kamera. | Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya menggunakan kamera sebagai kenangan manis.
| Tatabahasa | 02.07.2016 |