Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kata tanya yg digunakan utk menanyakan sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenapa (kata tugas)
Bersinonim dengan kena apa, sebab apa, mengapa, apa hal.,

Puisi
 

Daun kerikil daun maman,
     Ketiga dengan daun cempa;
Kenapa tuan tegak di laman,
     Naik ke rumah tuan kenapa?


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih.
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. 
Tatabahasa16.07.2021
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
soalan saya: Apakah perbezaan kenapa dan mengapa? minta berikan contoh penggunaan kenapa dan mengapa. terima kasih ;-)Kenapa dan mengapa sama makna. Untuk penggunana rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.Tatabahasa09.02.2010
kenapa barangkali dieja rapat tetapi sering kali tidak dieja rapat​Kata “barangkali” ialah golongan kata hubung dan dieja rapat, manakala kata “sering kali” yang dieja terpisah ialah kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 72 – 75 dan 289.

Ejaan26.02.2025
Kenapa keislaman dieja dalam jawi, hamzahnya berada di bawah bukan di atas کإسلامن - إسلام

Perkataan keislaman seperti di atas dieja mengikut bentuk ejaan asal dengan huruf hamzah dikekalkan di bawah. Hal ini berbeza dengan perkataan lain yang dieja mengikut Hukum Sekedi - hamzahnya di atas alif.
Ejaan03.12.2024
Kenapa saya tidak dapat menghantar soalan kerana katanya "lebih 100 perkataan" padahal belum?

Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja.

Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga.

Penyemakan dan penterjemahan28.11.2024
Kenapa "takjub" dan "taasub" dieja dengan rumus peminjaman yang berlainan?Kata 'takjub" dan "taasub" kedua-duanya merupakan kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab. Pada awal tahun 70-an ejaannya "ta'ajub" sama seperti "ta'assub/ta'asub", namun ada juga dieja "takjub" tetapi tiada "taksub".

Masa pun beredar dan penggunaan kata ini berkembang. Dalam sistem ejaan bahasa Melayu baru (Kamus Dewan Cetakan Kedua, 1984), ejaan kedua-dua kata ini tidak mengikut rumus yang sama kerana sebutan bahasa Melayunya tidak sama berbanding sebutan bahasa sumbernya. Maka, ejaan Rumi dalam bahasa Melayu pun menjadi berbeza (dieja "takjub" dan "taasub"). Semua ejaan tersebut telah terakam dalam kamus bahasa Melayu terdahulu dan dikekalkan sehingga kini.
Ejaan18.11.2024
Kenapa maklumat kata pada antara muka PRPM pada telefon pintar tidak tertera ejaan jawi seperti pada antara muka komputer?Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain07.06.2024
Kenapa Kamus Dewan Perdana tidak memberi makna "kau" sebagai satu enklitik?Ya. Kamus Dewan Perdana hanya menyatakan bentuk kata "kau" ini daripada pangkasan kata "engkau" dan berlabel kata basahan. Maklumat tentang enklitik adalah bersifat teknikal dalam bahasa/linguistik. Namun, boleh dicadangkan kepada sidang editor kamus tersebut untuk menambah ilmu bahasa tentang bentuk kata sebegini secara keseluruhan.Tatabahasa21.04.2024
12345678910...

Kembali ke atas