Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.niÖ.ma.tan] | کنعمتن

Definisi : perihal nikmat, keenakan, ke­sedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan.

Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar.

Tatabahasa04.01.2024
semak penggunaan ayat pada lampiran

Ayat yang sesuai ialah:

“Gunakan sos Hoi Sin Life untuk
menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.”

“Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.”

Tatabahasa09.01.2024
Adakah Inderaloka, Suralaya, dan Syurga membawa maksud yang sama?Tidak sama. Makna bagi inderaloka, suralaya dan syurga adalah seperti yang berikut:

inderaloka bahasa klasik kata nama tempat ting­gal Bentara Indera.

suralaya bahasa klasik kata nama suraloka

suraloka bahasa klasik kata nama tempat kediaman dewa-dewa atau kayangan.
Contoh penggunaan: Bunyi busur patah itu menggegarkan seluruh suraloka.

syurga kata nama
1 tempat di alam akhirat yang penuh dengan nikmat yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat pembalasan baik kepada orang yang mentaati suruhan-Nya.
Contoh penggunaan: Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang-orang yang memutuskan silaturahim.”

2
bahasa kiasan
tempat di dunia yang penuh dengan segala kenikmatan, kesenangan, kebahagiaan dan sebagainya.
Contoh penggunaan: Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. 

Sila rujuk kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan makna dalam bahasa Melayu.
Makna21.09.2023

Kembali ke atas