Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nyang] | کڽڠ

Definisi : 1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) men­dapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian; orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah; mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nyang] | کڽڠ

Definisi : tidak berasa lapar kerana sudah makan; sudah puas makan: Kami diberinya makan sampai ~. mengenyangkan memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. kekenyangan 1 keadaan (perihal) kenyang. 2 terlalu kenyang hingga berasa tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,

Puisi
 

Orang darat menganyam kelasah,
     Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
     Sudahlah adat orang bercinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum. Kalau makan, KENYANG. Kalau minum, adakah sepadan dengan "KENYANG"? Atau ada perkataan lain yang sepadan/ sesuai? Terima kasih.Perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum seumpama KENYANG untuk perbuatan makan, ialah HILANG DAHAGALain-lain09.03.2017
Ayat yang manakah betul? a) Setelah kenyang, kami berehat sebentar. b) Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar.Setelah kenyang, kami berehat sebentar. Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. Kedua-dua ayat itu betul.Tatabahasa15.05.2015
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang.Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan.Tatabahasa15.04.2013
Pilih ayat yang betul. A) Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. B)Bukan semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. C) Hasil lukisan itu bukan seperti yang saya harapkan. D)Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu bukan menyakinkan.Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

a) Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang.
b) Tidak semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini.
c) Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu tidak meyakinkan.
Tatabahasa15.04.2013
maksud keluguan dan segmentasiLugu bermaksud berasa senang, puas, kenyang. Kata terbitan keluguan tidak ada contoh dalam Kamus Dewan walau bagaimanapun maksudnya sama seperti makna kata asalnya. Manakala segmentasi tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah perkataan segmen bermaksud 1. bahagian (dari sesuatu), penggal; 2. (istilah Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (seperti cacing, serangga, dll), dan padanan segmentation dalam bahasa Melayu ialah pensegmenan.  Makna12.09.2009
Apakah konteks perkataan JELIRA yang bermaksud puas (makan, minum) dan meresap ke segenap badan? adakah puas kenyang, atau puas kerana sudah jemu, jelak makan, atau puas kerana puas hati makanan kena dengan selera? bagaimana pula dengan meresap ke segenap badan? adakah tentang perasaan, kenikmatan atau perkara fizikal seperti maaf ya contoh buruk, rasa nikotin meresap ke badan? terima kasihKamus Dewan Perdana memberikan maksud "jelira" sebagai memuaskan hati kerana kena dengan selera. Tiada maklumat lain yang berkaitan dengan perkataan "jelira" bagi maksud puas. Perkataan "jelira" juga merupakan dialek Kelantan dan berkemungkinan penggunaannya dalam konteks masyarakat tertentu boleh membezakan tahap kepuasan atau aspek kepuasan yang dimaksudkan. Kamus hanya memberikan maksud dan bukan perincian yang menggambarkan sifatnya.Tatabahasa30.06.2026
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
apakah terjemahan bahasa melayu untuk peribahasa Inggeris "the grass always greener on the other sid eof the field" Terima kasihCadangan padanan peribahasa bahasa Melayu untuk peribahasa tersebut ialah Seperti keranjang bobos atau Tiada lukah yang kenyang oleh air. Kedua-dua peribahasa ini membawa maksud sifat manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan segala yang diperoleh.Lain-lain19.08.2020
Salam sejahtera. Semasa di sekolah dulu, saya difahamkan bahawa kita seharusnya menggunakan "tidak" untuk menafikan kata/frasa kerja atau kata/frasa adjektif. Tetapi, baru-baru ini, saya terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa sekiranya sesebuah ayat itu mempunyai dua kata/frasa kerja atau dua kata/frasa adjektif yang bertentangan maksudnya, kita seharusnya menggunakan "bukan". Contohnya, "Ali rajin, bukan malas" atau "Dia menyanyi, bukan menari". Adakah ini betul?

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 262-263).

Tatabahasa23.03.2017
bukan dan tidak bagaimana diguna?
Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang.
Tatabahasa17.05.2014
12

Kembali ke atas