Selamat sejahtera. Perlukah ayat di bawah ditambah dengan kepada? 1.Cikgu Tan menelefon kepada bapa Haris untuk membawa pulang Harris yang demam. Terima kasih. | Penggunaan "kepada" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini. Jawapan yang sesuai ialah, " Cikgu Tan menelefon bapa Haris supaya membawa pulang Haris yang demam." | Lain-lain | 23.08.2023 |
Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acara | Noktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk. | Lain-lain | 22.04.2021 |
Saya keliru dengan penggunaan untuk / kepada. 1) Ayah menghadiahkan buku kepada Ali 2) Ayah mengirim surat kepada Ali. 3) Ayah memberikan buku kepada Ali. Tiga ayat di atas , guna kepada . betul? 1) Ibu menyediakan makanan untuk Ali. 2) Ibu menggoreng pisang untuk Ali. 3) Ibu membeli kasut untuk Ali. Tiga ayat di atas guna "untuk" betul? Terima kasih. | Penggunaan perkataan "kepada" dan "untuk" dalam semua ayat tuan adalah betul. | Tatabahasa | 05.10.2023 |
Untuk ruangan kepada dan juga salinan kepada adakah perlu diletakkan nombor turutan jika penerimanya lehib daripada seorang? contoh: Kepada: 1. Pengarah 2. Timbalan Pengarah (perlu diletakkan nombor turutan?) | Jika salinan kepada surat lebih daripada seorang, masukkan nombor bagi setiap penerimanya. | Lain-lain | 17.11.2015 |
Saya ingin bertanya tentang istilah yang sesuai digunakan untuk 'Approaches To Learning Skills'(ATL Skills) yang digunakan secara meluas di sekolah International Baccalaureate (IB) seluruh dunia. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan di sekolah IB di Malaysia bolehkah ATL Skills ditukar kepada 1)Kemahiran ATL atau 2)Kemahiran Pendekatan Pembelajaran atau 3)Ada cadangan lain daripada pihak DBP? Persoalan ini penting untuk digunakan dalam tesis dan keselarasan istilah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan Pendekatan Pembelajaran Kemahiran sebagai padanan bahasa Melayu untuk Approaches To Learning Skills. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.03.2019 |
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Boleh saya tahu cara untuk menterjemahkan ungkapan matematik di bawah? The chances of success are 20-to-1. | Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai ialah "Peluang untuk berjaya adalah 20 kepada 1". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.03.2022 |
penggunaan 'dan atau' atau 'dan/atau'dalam ayat, 1. "...merujuk kepada kepada laman sesawang syarikat dan/atau laporan..." 2. "...merujuk kepada kepada laman sesawang syarikat dan atau laporan..." terima kasih. | Perkataan 'dan/atau' boleh digunakan dalam ayat, "...merujuk kepada laman sesawang syarikat dan/atau laporan..." ( 'dan/atau' merujuk kepada kedua-dua atau salah satu terma/perkara). | Tatabahasa | 26.10.2020 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1"> 1"> | Lain-lain | 03.12.2019 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkenaan istilah "kuriositi". Menurut padanan yang terdapat dalam PRPM, curiosity bermaksud sifat ingin tahu. Dalam ruangan istilah bahasa Melayu pula, perkataan tersebut diterjemahkan kepada "keingintahuan" mengikut konteks ayat tertentu. Soalan saya, adakah sesuai jika saya ingin menterjemahkan kedua-dua ayat di bawah kepada: 1) Kuriositi dan Pembelajaran Warisan Melalui Muzium → Keingintahuan dan Pembelajaran Warisan Melalui Muzium 2) Peranan Kuriositi kepada Pendidikan Muzium → Peranan Keingintahuan kepada Pendidikan Muzium 3) Heritage Curiosity → Keingintahuan Warisan Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu keingintahuan dan ingin tahu boleh digunakan jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2020 |