Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Peribahasa

56

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Mengambil puntung pemukul kepala

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah mengambil puntung pemukul kepala .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada soalan tentang penggunaan "pada", "kepada" dan "terhadap" di mana jawapan di dalam Khidmat nasihat selalu bercanggah. 1. Jangan buat begitu pada/kepada/terhadap saya. Saya fikir "kepada" atau "terhadap" lebih tepat kerana ia menunjukkan maksud sasaran. Tetapi ada jawapan Khidmat Nasihat yang mengatakan "pada" betul dalam konteks ini. Bukankah "pada" digunakan selepas kata kerja, dan sebelum tempat? Contohnya, "Gantung cermin ini pada dinding." Jika "pada" digunakan untuk manusia, hanya dalam konteks ada + pada, contohnya "Duit itu ada pada Zara." Mohon pencerahan.

Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Jawapan dan contoh ayat yang diberikan oleh pihak puan betul dan tepat. Terima kasih atas pandangan dan teguran yang diberikan.

Tatabahasa24.07.2020
Apakah perbezaan dan penggunaan perkataan kepada dan terhadap?Kata sendi nama 'terhadap' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.Kata sendi nama 'kepada' digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Untuk contoh penggunaan dalam ayat dan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Kata Sendi Nama.Tatabahasa05.03.2012
Tuan yang dirahmati Allah, Apakah perbezaan bagi penggunaan kata sendi "kepada" dan "terhadap"?Kata sendi nama 'terhadap' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.Kata sendi nama 'kepada' digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Untuk contoh penggunaan dalam ayat dan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Kata Sendi Nama.Tatabahasa16.04.2013
apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya.Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.  ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..."Tatabahasa06.01.2015
Bagaimanakah cara untuk membezakan "kepada" dan "terhadap"?

Kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Kata sendi nama “terhadap” pula biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.

Contoh:

Kata sendi nama “kepada” 
1. Ali mengirim surat kepada abang.
2. Surat itu hendaklah dihantar kepada Kementerian Kewangan dengan segara.
3. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.
4. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama “terhadap
1. Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya elok dicontohi.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272-274 dan 281-282.

Tatabahasa13.05.2025
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Meluat dia dengan tabiat lelaki itu. Ayat (1) ayat songsang yang telah mendepankan kata adjektif "meluat"; ayat asal bagi ayat (1): Dia meluat dengan tabiat lelaki itu. Saya berpendapat bahawa ayat ini salah, kerana digunakan "dengan". Untuk keterangan terhadap, kata sendi nama "akan", "kepada", dan "terhadap" dipakai. "Meluat" merupakan perasaan dan tergolong dalam kelompok kata adjektif perasaan. Apabila kata adjektif perasaan diikut oleh keterangan terhadap, seperti benci (kata adjektif perasaan) + akan dia (keterangan terhadap), kata sendi nama "akan" digunakan, bukan "dengan". Jadi, ayat yang saya fikirkan betul berasas pada analisis saya ialah: 1. (a) Meluat dia akan tabiat lelaki itu. "akan tabiat lelaki itu" ialah keterangan terhadap, dan "meluat" ialah kata adjektif perasaan. Kata adjektif perasaan perlu dipadankan dengan kata sendi nama "akan" jika keterangan terhadap ingin dinyatakan. (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi)Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. Tatabahasa20.03.2015
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Saya minta maaf dengan cikgu. Saya merasakan ayat ini salah kerana kata sendi nama "dengan" digunakan. Berdasarkan maksud pertama "dengan", "dengan" bermaksud bersama-sama. Jadi, seluruh ayat (1) bermaksud saya minta maaf terhadap seseorang bersama-sama cikgu. "Seseorang" itu tidak dinyatakan. "Cikgu" menjadi teman "saya" minta maaf. Ayat ini salah, kerana "cikgu" bukan teman saya minta maaf, tetapi sasaran saya melakukan perbuatan "minta maaf". Oleh itu, untuk menyatakan sasaran manusia, kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" lebih tepat. Ayat (1) patut dibetulkan menjadi: 2. Saya minta maaf kepada cikgu. ATAU 3. Saya minta maaf terhadap cikgu. Tetapi, saya ada satu soalan lagi. Bukankah "maaf" itu datang daripada "cikgu"? Jadi, "cikgu" ialah sumber "maaf". Sekarang, saya minta "maaf" daripada "cikgu", jadi, maaf itu datang daripada cikgu. Sekiranya anggapan ini betul, patutkah kata sendi nama "daripada" digunakan? Ayat berbentuk begini: 4. Saya minta maaf daripada cikgu. Antara beberapa ayat, ayat yang manakah paling jitu (tepat)?Ayat yang gramatis ialah "Saya minta maaf kepada cikgu" kerana cikgu menjadi sasaran selepas kata sendi nama kepada. Ayat "Saya minta maaf dengan cikgu" lazimnya digunakan dalam percakapan.

 
Tatabahasa31.01.2015
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Apakah perbezaan penggunaan "terhadap" dan "kepada"

Saudara,

Kata sendi nama 'terhadap' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.

Kata sendi nama 'kepada' digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. 

Untuk contoh penggunaan dalam ayat dan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa10.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas