حدثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ قال: حَدَّثَنِي ابن شُرَيْحٍ عَبْد الرَّحْمَنِ Terjemahan: Abdullah bin Saleh menceritakan kepada kami@bercerita kepada kami, katanya: Ibn Syuraih menceritakan kepadaku@bercerita kepadaku? Terima kasih. | Dewan Bahasa tidak memberikan khidmat terjemahan. Mohon soalan ini diajukan kepada Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian 03-92262506 | Penyemakan dan penterjemahan | 19.05.2016 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
Betulkah ayat pasif di bawah. Kaucurahkan kasih sayang kepadaku. | Ayat pasif tersebut betul. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' | Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" ") seperti yang digunakan dalam ayat contoh tersebut. | Ejaan | 13.09.2011 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih. | Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail. | Tatabahasa | 08.08.2020 |
1. Apakah maksud peribahasa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"? 2. Bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "merencanakan" serta perkataan "sarwajagat"? 3. Apakah laman web yang mengandungi senarai istilah yang boleh digunakan?seperti yang terdapat dalm peperiksaan SPM...ataupun mungkin di sini terdapat .. | 1. Maksud peribahasa tersebut ialah walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merencanakan digunakan seperti yang berikut: 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; manakala sarwajagat :(bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~; kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~. 3. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/">www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Istilah | 01.08.2010 |