Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:10am Assalamualaikum. Saya ada soalan. Bagaimana ejaan yang betul untuk 'nya' yang dirujuk kepada Allah ? A- kepadanya B- kepadaNya C- kepada-Nya Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:11am Mohon jawapan daripada pihak tuan | Ejaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah kepada-Nya. | Ejaan | 01.06.2015 |
Tuan, untuk perkataan kepadanya dan terhadapnya ada perbezaan maksudkah? contoh: (1) Azeera tetap rasa simpati kepadanya. (2) Azeera tetap rasa simpati terhadapnya. | Kedua-dua ayat itu betul, kata sendi nama kepada diikuti dengan sasaran (nya) dan terhadap juga bermaksud berkenaan dan kepada. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
tuan 1. ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya. (kepadanya adalah salah..adakah ini betu? 2. bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas. ( tuan, bolehkah remuk digunakan ? kalau tak bboleh, apakah kosa kata yang sesuai dignakan?) 3. Majlis sebulat-bulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu.( sebulat-bulat adalah salah..tuan, mengapa?) 4. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. ( diputuskan adalah salah, tuan...mengapa?) 5. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. ( tuan, pemberian adalah salah..mengapa?) 6. tuan.. terima kasih bersungguh-sungguh atas bantuan tuan kepada saya. | 1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahannya. - ayat yang lengkap ialah ... dijatuhkan oleh hakim ... (ayat pasif kepada ... hakim menjatuhkan ... 2. Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca 3. Majlis sebulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu. - bulat-bulat bermaksud berbentuk bulat 4. Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. - peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan) 5. Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah) | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Hadiah yang dimenangi tidak membawa apa-apa makna kepadanya/padanya? | Hadiah yang dimenangi tidak membawa apa-apa makna kepadanya. | Tatabahasa | 03.11.2011 |
1. dari 2000 atau daripada 2000 2. dari jam 12 atau dari pukul 12 3. rindu kepadanya atau rindu padanya? | 1. Daripada 2000 ... 2. Dari jam 12 atau dari pukul 12, kedua-duanya betul. 3. rindu kepadanya | Tatabahasa | 03.03.2012 |
Penggunaan perkataan perekodan: ... diserahkan kepadanya untuk tujuan perekodan data. | Perekodan bermaksud perbuatan atau hal merekodkan sesuatu, data dan sebagainya. Oleh itu frasa tersebut di atas, iaitu "untuk tujuan perekodan data" boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”? | Saudara Boh, Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Puan, Bolehkah puan jelaskan ayat berikut yang berbunuyi : Saya berpesan kepadanya,"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembayangi". Terima kasih. | Ungkapan tersebut betul kerana dalam frasa "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", sembahyangi ialah kata kerja aktif transitif dan kata kerja ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "... kamu disembayhangi".
| Tatabahasa | 19.02.2013 |
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam itu | Ungkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2007 |
Pegawai itu memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah melihat sijil asal yang dikemukakan kepadanya. Berdasarkan ayat di atas, saya ingin bertanya, adakah penggunaan 'memperakukan' adalah tepat? Atau ayat di atas tiada sebarang kesalahan. Terima kasih. | Puan Norzilah, Ayat di atas tidak salah kerana memperakukan membawa makna disahkan. Terima kasih. | Tatabahasa | 16.04.2010 |