1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih. | Berikut adalah jawapan bagi soalan puan: 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan. 2. Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. 3. Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge 2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana 3. high definition television – televisyen definisi tinggi 4. catch-all – rangkum semua 5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC) 6. hand router – penghala tangan 7. cleat – tetupai 8. infinity pool – kolam infiniti 9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV1"> | Istilah | 14.03.2017 |