Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat... | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C. | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
BAGAIMANAKAH UNTUK SAYA MENDAPATKAN KHIDMAT/BANTUAN KEPAKARAN PIHAK TUAN UNTUK KERJASAMA DENGAN PIHAK KAMI MEMBERI BENGKEL KEPADA PARA GURU PERPUSTAKAAN? APAKAH TAJUK YANG PIHAK TUAN SEDIAKAN/SESUAI SEKIRANYA PIHAK KAMI INGIN MENJEMPUT TUAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL KEPADA PARA GURU? | Segala program yang berkaitan dengan kursus dan bengkel kemahiran berbahasa, kesusasteraan dan penerbitan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui taliann 03-21479000/9001/9002. | Lain-lain | 09.04.2017 |
Bagaimanakah ejaan yang betul bagi perkataan berikut: subkepakaran atau sub kepakaran? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah subkepakaran. | Ejaan | 26.06.2020 |
PERTANYAAN TENTANG KURSUS BAHASA MELAYU | HUBUNGI BAHAGIAN PEMBINAAN BAKAT DAN KEPAKARAN | Lain-lain | 12.01.2011 |
salam, saya ingin menerbitkan dua buah buku. 1) buku thesis ijazah saya 2) buku teknologi tenaga solar (bidang kepakaran saya) apakah laluan yang perlu saya ikuti sehimgga buku saya dapat diterbitkan. Terima kasih stevenson | Waalaikumussalam. Tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan melalui talian 0321479494 untuk maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih. | Karya | 20.06.2017 |
Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |
Apakah maksud bersesuaian bagi "plenary and keynote speakers" | Berdasarkan carian, maksud dapatan kami: 1. Plenary speakers bermaksud seseorang atau tokoh yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan ceramah/ucapan berkenaan bidang tersebut. 2. Keynote speakers bermaksud seseorang yang memberikan ceramah/ucapan berdasarkan topik utama perbincangan | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2019 |
Assalamualaikum wbt saya ingin bertanya tentang soalan di bawah. Pilihan jawapan saya C. Adakah pilihan saya itu tepat? Saya kurang pasti dengan jawapan dan alasan sebab memilih pilihan C. Ada rakan saya kata jawapannya A. Sebab dia kata ayah bukan mekanik. Jadi ayah tidak punyai kepakaran. Terima kasih Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan | Jawapan yang lebih sesuai ialah A. kebolehan | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Dalam ingin dapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan juru dan pe seperti perunding dan jururunding. Yang mana sesuai digunakan untuk merujuk kepada suatu organisasi yang memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal. | Perkataan yang digunakan ialah perunding atau pakar runding. | Istilah | 10.04.2008 |